Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai produk untuk kurus, putih dan cantik yang berada di pasaran. Seiring dengan itu ramai individu lebih-lebih golongan wanita yang tanpa rasa risau dan takut mencuba produk-produk yang belum disahkan keselamatannya.
Malah terbaharu ada seorang wanita yang sempat berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok. Kerana ingin putih dan kurus, wanita yang dikenali dengan nama Umie Hafieza ini telah mengambil drip putih dan juga makan jamu serta minuman untuk kurus menyebabkan dia kini mengalami bengkak hati.
Disebabkan itu dia dimasukkan ke hospital selama 4 hari 3 malam dan dia kini perlu menjaga pemakananannya. Banyak yang dia tak boleh makan dari boleh makan. Dia juga sempat berpesan agar jangan terpengaruh seperti dirinya.
https://www.tiktok.com/@umiehafiezaa/video/7020652493474499866?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
@umiehafiezaaSedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih 😷 ##fyp ##fypindonesia♬ Denting – Fadhilah Intan ✨
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok mendoakan yang baik-baik sahaja buat Umie. Dalam masa yang sama ada juga sempat berpesan dan menasihati agar jangan lakukan hal yang sama.
Tidak kurang juga ada yang menyarankan kepada semua yang pernah pengambil jamu atau sebarang produk tambahan agar pergi melakukan ujian darah.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan telah banyak video berkenaan dengan kesan drip putih ini. Namun masih ramai lagi yang buat tidak endah.
Benar, janganlah semata-mata ingin cantik kita sanggup korbankan kesihatan kita. Mungkin waktu sekarang kita masih tidak nampak kesan dan akibatnya namun untuk masa akan datang setelah kita nampak kesannya pasti kita akan menyesal tak sudah.
Sumber: TikTok Umie Hafieza