Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua & Cara Buat Sambal Tumis Supaya Bertambah Sedap. Banyak Jenis Sambal Tumis Namun Ada Petuanya Tersendiri!

Petua & Cara Buat Sambal Tumis Supaya Bertambah Sedap. Banyak Jenis Sambal Tumis Namun Ada Petuanya Tersendiri!

Kategori: ,
petua buat sambal tumis bertambah sedap

Terdapat pelbagai jenis masakan sambal tumis yang sering dibuat atau disediakan oleh rakyat Malaysia. Antaranya adalah sambal tumis udang, sambal tumis bilis dan sambal tumis sotong. Nak menyediakan sambal tumis ini bukanlah sesuatu yang sukar.

Namun untuk menjadikan sambal tumis yang dibuat itu bertambah sedap ada cara dan petuanya yang tersendiri tau. Bukan main buat je. Setiap jenis sambal tumis akan ada petuanya agar sambal tumis yang dibuat lebih sedap dan menyelerakan.

Nak tahu petua tersebut? Jom kita ikuti perkongsian dari Putra Bugis Temasek ini. Katanya dia telah membuat penyelidikan berkenaan dengan sambal tumis ini pada tahun 2013.

Petua Untuk Menjadikan Sambal Tumis Lebih Sedap & Menyelerakan!

Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Kalau sambal sotong, elakkan sotong berair dan mencemar sambal. Maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Ketika memasak pula harus rasa agar garam tidak berlebihan. 

Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul-betul garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya).

Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dn minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap. Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. 

Kalau sambal bilis memang tak masukkan garam sebabnya bilis dah masin. Kalau sambal sotong masukkan sotong dahulu. Lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa. 

Kalau sambal udang masukkan udang dahulu. Lepas air udang dah keluar baru masukkan air asam jawa. Kalau sambal telur pula, masukkan sedikit bilis sebagai perencah. 

Untuk sambal bilis pula, goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak macam dah layu angkat kemudian tumis lada kering agak=agak dah masak baru masukkan air asam, gula, garam, bawang dan ikan bilis. 

Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit. Kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dahulu. Bila sambalnya dah nak masak baru masukkan balik. 

Kalau sambal tumis udang, saya kisar udang kering sedikit dengan cili kering tu. Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sedikit kunyit hidup. InshaAllah mana-mana masakan yang perlukan cili seperti sambal, asam pedas akan terasa lebih sedap. 

Terlalu banyak rahsia dan petua yang tersembunyi dalam menyediakan sambal tumis ini. Pastinya ini kali pertama kita mendengarnya. Kalau sebelum ini, kita main campak je. Dah tahu cara dan petua ini pasti lepas ni bertambah sedap masakan sambal kita kan. Silap haribulan setiap hari suami minta masakan menu ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Putra Bugis Temasek Via MAHN

Baca juga: Resepi Mudah Sambal Garing Pedas Homemade, Makan Dengan Bubur Pun Sedap!

tags: | |