Kita sering disogokkan yang kebanyakan ibu tiri ini jahat. Sering mendera dan anak-anak juga kurang selesa untuk menerima kedatangan orang baru dalam kehidupan mereka. Hal tersebut mungkin disebabkan sering mendengar tentang kisah kejahatan ibu tiri ini.
Berkenaan dengan ibu tiri ini, ada seorang pengguna di aplikasi TikTok berkongsi sebuah video berkenaan dengan ibu tirinya.
Seorang gadis yang dikenali dengan nama Ella ini sempat berkongsi cerita berkenaan dengan gelagat ibu tirinya yang mengunci pintu peti ais di dapur.
Dek kerana risau orang lain mengusik atau mengambil makanan miliknya, dia mengunci peti ais berkenaan dengan begitu kemas sekali. Menurut Ella, di rumahnya ada dua peti ais. Satu milik arwah ibu kandungnya manakala satu lagi milik ibu tirinya.
@ellaroselee1 org cakap,bab makanan ni jangan brkira..jangan kedekut..hahha..tp hahahha…agk2 fyp tak..mne tau mak tiri notice😅
@ellaroselee1org cakap,bab makanan ni jangan brkira..jangan kedekut..hahha..tp hahahha…agk2 fyp tak..mne tau mak tiri notice😅
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agak Ella menutup suis dan gunting wayar peti ais berkenaan. Malah apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila ada netizen yang meminta Ella kepit kepala ibu tirinya sewaktu ibunya itu membuka pintu berkenaan.
Walaupun begitu, bukan semua ibu tiri yang ada di dunia ini jahat. Masih ramai lagi ibu tiri yang mempunyai hati nurani yang baik. Malah ada yang menjaga anak-anak tiri seperti anak kandung sendiri.
Sumber: TikTok Ellarose Lee