Pasti ramai dalam kalangan kita yang terpaksa menahan kesakitan pada kaki setelah bangun daripada tidur. Kadang kala terpaksa duduk lama dahulu sebelum terus berjalan. Lebih-lebih lagi golongan orang yang sudah berumur.
Kalau anda dah cuba pelbagai cara untuk menghilangkannya namun tetap juga sakit kaki tak hilang. Mungkin anda boleh amalkan cara yang dikongsikan oleh Zainorr Aliza Ali. Cara tersebut sangatlah mudah, hanya menggunakan bawang putih bakar sahaja.
Salam.
Salah satu ikhtiar yang boleh dicuba.
Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tidur yang saya hidapi dah okey sekarang. Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tidur memang sakit. Kena jalan slow-slow dulu baru okey.
Tapi sekarang bangun je terus boleh jalan laju. Petua ini ada seorang kakak bagitahu saya. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik. Perut pun kempis je.
Segala angin dalam badan dapat di atasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu, bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser. Kalau nak tahu boleh google apa lagi khasiatnya.
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makan lah hari-hari untuk kesihatan kita.
Mudah sahaja kan cara untuk menghilangkan sakit kaki setelah bangun tidur ini. Gunakan sahaja bawang putih ini. Selain untuk menghilangkan sakit kaki, banyak lagi khasiat bawang putih ini. Antaranya adalah membuang angin dalam badan.
Kredit: Zainorr Aliza Ali Via BIKMM
Baca juga: Bawang Putih Bakar Lebih Sedap, Rasa Macam Kacang. Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Yang Betul