Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Goreng Masak Taucu Yang Mudah Serta Menyelerakan. Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Resepi Ikan Goreng Masak Taucu Yang Mudah Serta Menyelerakan. Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Kategori: ,
resepi ikan goreng masak taucu

Umum mengetahui terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dimakan dan dijadikan lauk nasi. Lebih-lebih lagi ikan goreng, tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan ikan goreng setiap kali makan nasi. Tetapi kalau selalu sangat makan ikan goreng macam tu sahaja pasti membosankan kan?

Jadi apa kata kali ini kita tukar selera kepada Ikan Goreng Masak Taucu pula. Hidangan ini nampak sangat simple namun sungguh menyelerakan. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Fatimah Salim ini.

Cara Buat Ikan Goreng Masak Taucu Yang Sedap Dan Mudah!

Bahan-bahan:

  • Bawang merah besar
  • Bawang putih
  • Cili padi merah dan hijau
  • Halia
  • Taucu (boleh pakai jenama Tamin)
  • Air asam jawa
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Gunakan minyak bekas goreng ikan tadi untuk menumis. Mula-mula tumiskan halia dulu.
  2. Kemudian baru masukkan bawang merah besar dan bawang putih.
  3. Masukkan pula cili padi dan tumis sehingga layu dan sedikit kekuningan.
  4. Kemudian masukkan taucu, agak-agak cukup bagi masin kuah untuk menyeliputi portion ikan dan kacau sebentar.
  5. Tambahkan air asam jawa (agak-agak juga supaya tidak terlalu masam) dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi ke dalam kuah dan kacau rata.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Tidak perlu garam kerana taucu sudah cukup masin

Mudah sahaja kan cara nak buat Ikan Goreng Masak Taucu ini. Mungkin anda yang belum mencuba dan tidak pernah rasa masakan ini boleh cuba hidangan ini. Memang sedap dan sungguh menyelerakan!

Selamat mencuba!

Kredit: Fatimah Salim Via Makmal Makanan

Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tidak Berbau Hanyir & Tidak Melekat Di Kuali. Ikut Je Cara Ini!

tags: | |