Tak tahu nak masak apa untuk makan petang anak-anak dan suami? Nak masak sesuatu yang digemari semua orang? Jom cuba buat pisang goreng sendiri.. asyik beli kat luar je, apa kata kita cuba bakat kita dalam menggoreng pula:) mana tahu boleh buka kedai goreng pisang..
Bahan-bahan Pisang Goreng:
- 125 g tepung
- 25 g Tapioka
- 1Telur puteh
- 10 g Butter
- 1/4 tsp baking soda
- Garam
- Susu
- Cinnamon
- Pisang
- Minyak
- Parmesan cheese
- sirup maple
Cara-cara:
- Masukkan tepung terigu, tepung tapioka, soda bikarbonat dan garam ke dalam bekas adunan
- Kacau rata dan masukkan susu sikit demi sedikit
- Masukkan mentega yang telah dicairkan
- Masukkan susu sehingga adunan nampak likat
- Kacau telur putih dan masukan ia kedalam adunan
- Kacau sehingga rata
- Potong pisang yang telah dibuang kulitnya dan taburkan sedikit kayu manis ke atas pisang
- Celup pisang ke dalam adunan yang telah disediakan
- Goreng pisang di dalam kuali yang telah di panaskan minyak
Tonton video berikut bgi mengetahui cara-caranya :
Kredit : Nikmatul Rosidah