Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Cetti Padu, Menu Indian Style Cicah Dengan Roti Pun Dah Mantap!

Resipi Ayam Cetti Padu, Menu Indian Style Cicah Dengan Roti Pun Dah Mantap!

Kategori: ,,
ayam cetti padu

Dah lama tak masak ayam cetti padu ni. Menu Indian style sedap makan dengan nasi putih. Nak cicah dengan roti pun boleh je. Kalau korang nak try juga, boleh rujuk perkongsian resepi Raja Amanina ni.

“Yang ni Nina kawankan dengan roti puri muncit-muncit. Makan dengan nasi atau apa-apa pun sedap,”katanya.

Resipi Ayam Cetti Padu, Menu Indian Style Cicah Dengan Roti Pun Dah Mantap!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam potong ikut suka (letak kunyit, garam dan goreng).
  • 5 ulas bawng merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kiicap manis
  • 4 sudu besar sos tomato
  • buah pelaga, kayu manis, bunga lawang
  • gula & garam
  • sedikit air

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk & kisar bawang merah, bawang putih dan juga halia.
  2. Tumis bahan kisar, daun kari bersama 3 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kerutuk tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan sos tiram.
  5. Tambahkan sedkit air, masukkan ayam dan perasakan gula garam.
  6. Masak sehingga sedikit pekat.
  7. Siap untuk dihidang.

ayam cetti padu ayam cetti padu ayam cetti padu

Sudah siap ayam cetti padu kita! Memang menjilat jari okay. Tengok saja kepekatan kuah tu memang ngam! Bagi korang yang mahu cicah dengan roti purri, boleh tengok dan rujuk resepi di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Raja Amanina

Baca juga: Resepi Lepat Liat Utara, Kuih Tradisional Hadirkan Kenangan Sejuta Rasa!

tags: | |