Starbucks merupakan salah sebuah rangkaian restoran terbesar yang sering mendapat tempat dalam hati ramai orang. Keenakan kopi atau minuman yang disediakan olehnya sangat luar biasa merupakan salah faktor yang menyebabkan ia disukai.
Malah terbaharu, menurut Berjaya Food Bhd. Rangkain restoran Starbucks di Malaysia akan lengkap dengan pembukaan di Perlis menjelang akhir tahun 2021 ini.
Difahamkan juga, Berjaya Food merancang untuk membuka kira-kira 40 cawangan Starbucks baharu di seluruh negara pada tahun kewangan semasa berakhir iaitu 30 Jun 2022 (FY22).
Buat masa ini, anak syarikat Berjaya Food iaitu Berjaya Starbucks Coffee Co Sdn Bhd (BStarbucks) sudah miliki 327 cawangan kedai Starbucks di Malaysia kecuali Perlis.
Yes coming soon in Perlis by year end. When we open that, we would be presnet in all 14 states in Malaysia. https://t.co/nlj1EnDAIV
— Jalil Rasheed (@jalilword) October 19, 2021
BStarbucks juga akan turut mewujudkan rekabentuk restoran yang relevan dengan elemen tempatan rakyat Malaysia bagi mengukuhkan kehadiran Starbucks ini di seluruh negara.
Starbucks pertama yang dibuka di Malaysia adalah pada 17 Disember 1998 di pusat beli belah Fahrenheit88. Mesti orang Perlis sudah tidak sabar untuk pembukaan cawangan Starbucks ini kan.
Kredit: Jalil Rasheed