Dalam sebulan pasti ada yang akan membeli makanan di kedai atau mana-mana restoran kan. Sama ada tak sempat memasak, malas atau pun ingin menukar selera. Apabila membeli di luar, pelbagai kerenah penjual yang kita akan temui.
Sama ada makanan terkurang atau terlebih. Kadang-kadang pesan makanan ini, sampai makanan lain. Namun ada satu kejadian yang sangat jarang berlaku dan kita semua alami.
Sangat jarang sekali kan kita temui peniaga yang menjual makanan penuh pembungkus. Itulah yang berlaku kepada Sis Ika. Di mana dia sangat gembira kerana nasi goreng yang dibelinya penuh polistren.
Menurutnya nasi goreng sardin dan nasi goreng kampung yang dibeli olehnya itu macam nak meletup. Nampak simple tapi rasanya sangat padu.
Saja nak share. Happy sungguh dapat makan nasi goreng sardin & nasi goreng kampung penuh polisterin ni. Sebelum nak buka tadi, polisterin dia macam nak meletup isi tak sabar nak keluar. Nampak simple tapi rasa padu. Semoga murah rezeki makcik yang jual ni.
Melihat situasi tersebut, ramai warganet yang terkejut dan mendoakan mak cik ini agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang menyatakan memang susah untuk temui perniaga seperti ini.
Memang luar biasa sungguh. Lagi pula harga bagi nasi goreng berkenaan hanya RM7 sahaja. Terlebih berbaloi dah tu. Tertanya-tanya juga area mana ni ya. Kalau korang tahu, jangan lupa kongsikan kepada kami dan juga kenalan anda. Semoga bertambah rezeki mak cik ini.
Kredit: Sis Ika Via MATJHN