Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anehnya! Ayam Ini Bertelur Putih Hijau. Pakar Veterinar Juga Kehairanan Namun Masih Selamat Dimakan

Anehnya! Ayam Ini Bertelur Putih Hijau. Pakar Veterinar Juga Kehairanan Namun Masih Selamat Dimakan

Kategori:
telur ayam putih hijau

Telur ayam merupakan antara makanan yang boleh dijadikan lauk dan sangat enak. Bahkan semua rakyat di setiap negara menggemari telur ayam ini. Selain harganya yang agak murah dan rasanya yang sedap menjadikan ia pilihan nombor satu kebanyakan semua orang.

Berkenaan dengan telur ayam ini, ada kejadian yang boleh dikatakan agak aneh apabila telur ayam yang biasanya berwarna putih kuning namun bertukar kepada putih hijau.

Itulah kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki di Malappuram, India. Ak Shihabudheen menyatakan kira-kira 9 bulan yang lalu, dia mendapati telur ayam tersebur berwarna hijau.

Pada mulanya, dia teruja dan tidak menggunakan telur berkenaan sebaliknya biarkan ia meneras. Namun tak disangka, satu telur daripada enam ayam yang ditetas itu turut menghasilkan telur bewarna hijau juga.

Menurut Ak Shihabudheen lagi, rasa telur hijau berkenaan sama sahaja dengan telur biasa. Dia sekeluarga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas makan telur berkenaan.

Mungkin berlaku akibat daripada makanan yang dimakan

Berikutan itu, kejadian ini telah mendapat perhatian daripada pakar vateriner dari Kerala Veterinary anda Animal Sciences University. Pakar berkenaan telah pun membawa sampel telur hijau itu untuk dianalisa di makmal.

Namun menurut pakar berkenaan, kejadian aneh tersebut mungkin berlaku akibat daripada makanan yang dimakan oleh ayam-ayam berkenaan. Walaubagaimanapun pemilik ayam berkenaan menafikannya kerana dia hanya memberikan ayam berkenaan makan dedak, bahan buangan dari dapur dan juga minyak kelapa sahaja.

Sumber: TheNewsMinute

Baca juga: Nasi Minyak Hujan Panas Simple. Lengkap Bersama Resepi Kari Dalca Telur & Ayam Masak Merah

 

tags: |