Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Ada Gas..”, Terlupa Ada Pack Chili Flake, Wanita Panaskan Pizza Guna Microwave Mengalami Sesak Nafas Lepas Hidu Bau Pack Hangus

“Macam Ada Gas..”, Terlupa Ada Pack Chili Flake, Wanita Panaskan Pizza Guna Microwave Mengalami Sesak Nafas Lepas Hidu Bau Pack Hangus

Kategori:
panaskan pizza dalam microwave

Pernahkah korang mengalami situasi di mana ketika berada di dapur, terlupa yang anda sedang memasak atau memanaskan lauk pauk. Sehinggakan kejadian tersebut membuatkan kita panik dan hampir berlakunya kebakaran atau pun perkara yang tidak diingini.

Seperti mana yang berlaku kepada wanita yang dikenali dengan nama Emma ini. Di mana dia mengalami sesak nafas, lemas dan pening angkara terhidu bau pack chili flakes yang hangus.

Menurutnya, dia panaskan pizza selama satu minit sahaja dengan menggunakan microwave. Namun terlupa yang chili flakes berkenaan berada di dalam tupperware berkenaan.

Akibat dari chili flakes yang hangus itu ia telah menyebabkan rumahnya dipenuhi dengan bau yang seakan-akan bau klorox. Sudah hampir 2 jam kejadian, namun pening yang dialaminya akibat dari menghidu bau berkenaan tidak hilang juga.

Hati-hati kalau microwave..

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan nasihat dan cara betul memanaskan lauk. Ada juga menyatakan pack aliminium seperti itu memang berbahaya. Bukan itu pinggan yang mempunyai corak silver, kotak fresh krim dan juga Nutella juga sangat bahaya.

Memang bahaya..

Letak dengan setengah cawan air..

Sebelum masuk microwave ke tahu apa..

Nasihat kami moga selepas ini kita sentiasa berhati-hati dan setiap kali berada di dapur perlulah lebih berhati-hati, lagi dan lagi. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang kita tidak ingini.

Sumber: Emma Wan Noordin Via MATJHN

Baca juga: Bawang Putih Bakar Lebih Sedap, Rasa Macam Kacang. Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Yang Betul

tags: |