Sos black pepper paling sedap kalau makan bersama ayam penyet jadikan ala-ala chicken chop atau dimakan dengan bebola daging. Nampak senang untuk dibuat namun jika tidak kena dengan kaedah, rasanya mungkin agak lain dan tidak seperti yang kita sangkakan.
Oleh itu, kebanyakan orang makan di restoran kerana mereka ada resepi mereka tersendiri yang tidak diketahui ramai. Banyak kedai chicken chop yang menyediakan sos black pepper yang sangat sedap seperti restoran Big Apple dimana terkenal dengan sosnya yang sedap. Sampai laku keras bisnes sos mereka.
Resepi Sos Black Pepper
Bahan-bahan:
- 3/4 Sudu planta
- 1 Ulas bawang putih
- 1 Tin sos prego spageti keju
- 1 Sudu besar serbuk cheese
- 1/2 Sudip kicap Jalen lemak manis
- 3/4 Sudu besar serbuk lada hitam
- 3/4 Sudu kecil gula
Kaedah Penyediaan
- Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram). Tambahkan air suam 1 tin.
- Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese (pilihan). Kalau ditambah lagi sedap.
- Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap tetapi jangan guna kicap masin.
- Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Masukkan juga 3/4 sudu kecil gula sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Siap untuk dimakan.
Resepi sos black pepper ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Kalau rasa terliur sangat, boleh cuba resepi ini. Pasti puas hati kalau rasanya seperti yang kita sangkakan. Bolehlah makan dengan ayam penyet, pasti lagi nikmat.
Selamat mencuba!