Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ya Allah Terharunya..” Kerana Terlalu Teruja, Wanita Mengandung Ini Makan Kek Pengantin Sambil Menangis 

“Ya Allah Terharunya..” Kerana Terlalu Teruja, Wanita Mengandung Ini Makan Kek Pengantin Sambil Menangis 

Kategori:
wanita mengandung mengidam makan kek pengantin

Mengidam merupakan satu kepastian bagi wanita mengandung. Malah apa yang mereka idamkan kadangkala makanan yang susah untuk dicari. Apabila dah dapat makanan tersebut memang bahagia sangat kan? Begitu juga yang terjadi kepada seorang wanita yang mengandung ini.

Wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Mekmin menerusi video di aplikasi TikTok ini menangis sambil makan kek kahwin yang sangat diidamkan.

Katanya dia sangat teringin makan kek kahwin dan apabila dapat memang sangat terharu katanya. Bukan tidak pernah makan namun bila dapat makan waktu mengandung ini memang lain macam sedapnya.

 

@_mekmim

sblum ni pnh je mkn kek. Tpi enthlh bila dpt rasanya Lg sedp. ya Allah terharunya. brjurai airmata Sis bila dpt kek pgntin👰🏻‍♀️ #alhamdulillah #fyp

♬ bunyi asal – Mim – Mim

@_mekmimsblum ni pnh je mkn kek. Tpi enthlh bila dpt rasanya Lg sedp. ya Allah terharunya. brjurai airmata Sis bila dpt kek pgntin👰🏻‍♀️ ##alhamdulillah ##fyp♬ bunyi asal – Mim

Melihat reaksi wanita ini, rata-rata warganet mendoakan wanita ini agar dipermudahkan urusan bersalin. Dalam masa yang sama ada juga wanita yang sudah berkahwin memohon doa Mekmin agar mereka diberikan zuriat.

Tidak kurang juga ada yang sempat bercerita mengenai kisah-kisahnya dan keluarga terdekat yang mengidam. Malah wanita yang bukan mengandung turut bercerita saat kedatangan haid dan dapat makanan sedap, kadang-kadang boleh menyebabkan mereka menangis juga.

Weh pernah lalui..

Kak tolong doakan saya..

Benda ni tak main-main..

Betul lah orang cakap kan kalau mengidam tidak boleh dibuat main? Kalau dapat makanan yang diidamkan tu pasti bahagia lain macam je. Menangis dalam kegembiraan orang kata. Semoga ibu mengandung ini terus sihat walafiat dan melahirkan dengan selamat.

Kredit: TikTok Mekmin

Baca juga: Wanita Mengidam & Sanggup Habiskan RM10 Ribu Untuk Kek 3 Tingkat, Namun Kecewa Hasilnya Tak Setanding Harga

tags: |