Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Apa Yang Scam Nya..”, Wanita Dakwa Kene Scam Kerana Dapat Tempe Busuk Namun Ini Jawapan Warganet! 

“Apa Yang Scam Nya..”, Wanita Dakwa Kene Scam Kerana Dapat Tempe Busuk Namun Ini Jawapan Warganet! 

Kategori:
dapat tempe busuk wanita kena scam

Tempe merupakan makanan yang kaya dengan protein. Ianya merupakan makanan tradisional masyarakat Indonesia dan merupakan makanan yang sangat popular di sana. Bahkan bukan di Indonesia sahaja ianya popular, di negara serantau lain juga turut sama.

Mengenai tempe ini, ada seorang wanita menyatakan bahawa dia di scam. Menurutnya, suaminya baru sahaja membeli tempe namun apabila melihat rupa tempe yang dibelinya terus hilang semangat nak masak.

Tambahnya lagi, dari luaran daun tempe berkenaan nampak segar namun apabila dibuka bau lain macam dan nampak seakan berkulat. Ekoran itu, dia bertanya pendapat warganet menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni sama ada boleh dimakan atau pun tidak dan minta idea.

Tempe pun nak scam

Emmm. Tak tahu nak cakap apa. Cik somi baru beli tadi. Dah excited nak masak sambal tempe. Semangat dah tengok cantik tempe segar lagi daun. 

Last-last buka dalam dia Allahu. Boleh guna lagi ke ni. Bau macam busuk dah. Boleh bagi idea tak. Tempe pun nak scam. 

Rata-rata ahli group berkenaan menyatakan ianya boleh dimakan. Malah ada yang menyarankan wanita ini agar buat lemak pucuk ubi dan sambal ikan bilis garing. Tidak kurang juga ada yang menyatakan tempe berbau seperti itu adalah lebih sedap.

Jika tidak mahu makan seperti itu, ada juga warganet yang menyarakan agar simpan lagi selama 2 hari. Selepas 2 hari pasti ianya akan berubah menjadi lebih cantik.

Boleh makan lagi..

Simpan 2 hari lagi..

Macam tu lagi sedap..

Kesimpulannya adalah ianya boleh dimakan. Kalau tak nak makan waktu busuk dan rupa lain macam, anda boleh je simpan. Lain orang lain citarasa, ada yang suka makan waktu busuk ni. Jadi atas diri masing-masing ya, yang pasti ianya masih boleh dimakan.

Kredit: Siti Norhani Zakari Via MATJHN

Baca juga: Jom Cuba Resepi Tempe Goreng Tepung Untuk Minum Petang. Nikmati Bersama Sambal Kicap Memang Perrgh!

tags: | |