Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Elak Kejadian Seperti Ikan Siakap Berlaku, Penjual Ini Kongsi Cara Yang Betul Berurus Niaga. Hilang Hak Jika Cuai! 

Elak Kejadian Seperti Ikan Siakap Berlaku, Penjual Ini Kongsi Cara Yang Betul Berurus Niaga. Hilang Hak Jika Cuai! 

Kategori: ,
cara betul berurusan elak kejadian ikan siakap,

Kejadian harga ikan siakap yang mahal sedang hangat membara ketika ini. Sehinggakan ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang ingin bercuti ke Langkawi. Pesan kami, tidak usah bimbang. Ada beberapa perkara penting perlu anda tahu dan titik beratkan.

Perkara ini bukan sahaja di Langkawi, di kedai seafood yang lain juga anda perlu mengambil perhatian yang serius. Hal tersebut adalah kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut Al Irfan Jani yang pernah menjual seafood tepi jalan. Ada beberapa konsep yang perlu dipegang. Konsep berkenaan adalah LAHAR ( Layanan, harga, rasa/result/rupa).

Teknik & Cara Betul Berurusan Di Kedai Makan, Barulah Tiada Siapa Yang Rugi!

  1. Harga kena clear. Sebelum masak seafood tu, memang aku tekan kalkulator dan tunjuk skrin tu pada pelanggan. “Bang, yang ni ringgit ya. Deal?”.Brader tu pun jawab, “Deal!!”Lepas tu aku conteng atas kertas (KG&RM) dan pass ke dia. Selalunya masa ni dia dah duduk. Aku tunjuk kertas tu, tanya lagi, “Proceed ya?” Dia jawab, “Orait.”Setel 1 bab, HARGA.
  2. Kemudian barulah kami start masak dan hantarakan ke meja. Di tengah-tengah depa menjamu selera, aku mai lagi. “Ada yang tak cukup ke? Nak tambah apa-apa?”. Ha masa tu, apa dia minta kurang/tambah, layan.Setel bab 2 LAYANAN.
  3. Sebelum di balik, aku tanya lagi. “Ok sedap tak?” Kalau tak OK, aku jawab, “Maaf ya. Nak refund half? Full?”Setel bab 3, RASA/RESULT/RUPA. 

Bukan itu sahjaja, namun ada lagi beberapa perkara penting yang perlu anda semua tahu. Jom kita lihat lagi perkongsian Irfan di bawah ini.

Tak puas hati, setel awal-awal.

Jangan cuai.

Mungkin selepas ini pihak peniaga dan pelanggan boleh gunakan cara yang ringkas namun boleh menyelamatkan anda semua ini. Mudah sahaja caranya kan. Ingat, mana-mana pihak yang cuai, hak dia akan hilang.

Kredit: Al Irfan Jani 

Baca juga: Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand, Serius Mudah Teramat Sangat!

tags: | |