Jika membeli makanan seperti nasi lemak dari kedai, pasti kadang kala akan ada kejadian yang kurang memuaskan hati kita atau membuatkan kita keliru. Mungkin ada satu dua perkara yang membuatkan kita berasa tidak berpuas hati seperti kekurangan lauk, tiada lauk atau sebagainya.
Terbaharu, ada seorang lelaki berkongsi kejadian di mana dia berasa keliru dengan sambal nasi lemak yang dibelinya. Lan Roseza keliru kerana sambal tersebut banyak minyak dan kelihatan seperti minyak pelincir.
Mungkin sekadar ingin bergurau, dia memuat naik gambar sambal berkenaan. Menurutnya selepas dia membuang minyak berkenaan, rasanya tetap sedap.
Ekoran perkongsian itu, ada warganet yang sempat berkongsi pengalaman mereka juga yang mana membeli nasi lemak namun tiada sambal.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang memberikan pandangan kenapa minyak dalam sambal banyak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak usah diviralkan kerana bimbang menjadi seperti ikan siakap.
Namun menemui minyak yang banyak dalam masakan bersambal adalah perkara biasa kan? Lebih-lebih jika kita membelinya dari kedai. Kalau nak lebih selamat dan berkhasiat, seeloknya buat sendiri. Nak tahu resepi sedap sambal nasi lemak? Boleh ikut resepi ini.
Kredit: Lann Roseza Via MATJHN
Baca juga: Nasi Lemak Yang Di Kukus Lebih ‘Sedap’ Tau, Ini Dia Cara Mengukusnya Mudah Sangat!