Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kerabu Sotong Thai Yang Menyelerakan, Lagi-lagi Bila Ratah Macam Tu Je

Resepi Kerabu Sotong Thai Yang Menyelerakan, Lagi-lagi Bila Ratah Macam Tu Je

Kategori: ,,
Resepi Ikan Kembung

Kerabu Sotong Thai adalah masakan negera jiran kita iaitu Thailand. Biasanya rakyat Malaysia gemar dengan masakan Thailand. Dengan masam, manis dan cukup rasa dalam masakan tersebut yang memuaskan selera. Tambahan pula, resepi ini mudah dibuat dan bahan mudah didapati.


kerabu sotong thai

Ia adalah resepi dimana citarasa masam-masam pedas ala Thai terasa dalam masakan ni. Kita akan menggunakan sos ikan Thai yang selalu digunakan oleh orang-orang sana. Mudah sahaja untuk dapatkan sos ini jika anda belum dapatkannya lagi. Kebiasaanya kita boleh beli di kedai runcit yang banyak menjual barang-barang pasar atau negeri-negeri yang berdekatan Thailand seperti Kelantan dan Kedah.

Kerabu ini biasanya menjadi pembangkit selera. Pelbagai aneka kerabu yang kita boleh buat dan kerabu Thai adalah antara yang sedap. Selain dari kerabu biasa, kita boleh campurkan seafood kegemaran kita. Contohnya, kerabu sotong atau pun kerang.

Cara Buat Kerabu Sotong Thai

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk sotong
  • 2 biji limau nipis
  • Daun ketumbar
  • 1-2 bawang besar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 5-10 Cili padi (ikut rasa)

Nota: Bolehlah masukkan sekali tauge dan tomato, serta seafood cocktail

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Potong bulat-bulat, masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian tarukkan boiling water dalam mangkuk tersebut. Rendam selama 5 minit supaya masih lembut dan pastikan ia separuh masak.
  4. Potong cili, daun ketumbar (segenggam), dan bawang besar.
  5. Campur semua bahan dan rasa.
  6. Selepas  langkah ke-2, jangan lupa sejat sotong dan buang air.
  7. Jika kerabu sudah cukup rasa, jadi siap untuk dihidang.

Kerabu merupakan salah satu juadah yang sihat kerana tidak menggunakan minyak untuk membuatnya. Oleh itu, kandungan lemak di dalam juadah ini sangatlah rendah. Boleh kecur liur dibuatnya, ada masam, masin, manis, dan pedas!

Semuanya cukup lengkap dan amat menyelerakan. Kerabu sotong ini boleh dimakan begitu saja iaitu ratah tanpa nasi. Nak lebih sedap, boleh dimakan bersama nasi dengan hidangan sup atau tomyam.

Kredit: Resepi Pembuka Selera

Baca juga: Ini Cara Buat Larp @ Kerabu Daging Thai Yang Sedap & Ori. Mudah Sahaja Rupanya!

tags: | | |