Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Kuantiti Mihun Sup Tak Setanding Harga, Wanita Ini Tanya Pendapat Orang Ramai!

Kecewa Kuantiti Mihun Sup Tak Setanding Harga, Wanita Ini Tanya Pendapat Orang Ramai!

Kategori:
kecewa kuantiti mihun sup

Sejak negara kita sudah dibenarkan untuk memulakan kembali perniagaan. Ramai yang cuba mengambil kesempatan menjual barangan perniagaan mereka dengan harga yang mahal. Lebih-lebih lagi yang melakukan perniagaan makanan.

Kadang-kadang harga makanan yang dijual langsung tidak masuk akal seperti mana yang dialami oleh seorang wanita MC Tie Tie. Dia telah membeli sebekas mihun sup, namun kuantiti mihun yang berharga RM6 sebekas itu sungguh mengecewakan.

Ekoran itu dia cuba mendapatkan jawapan daripada orang ramai atau pun para penjual mihun sup di Malaysia berkenaan dengan mihun sup itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada warganet berpendapat ianya perkara biasa dan masih okey mengenangkan barangan sekarang agak mahal. Untuk bekas sahaja pun berharga lebih kurang 40 sen, tidak termasuk lagi barangan lain.

Malah ada juga warganet yang menyatakan kalau meniaga tiada persaingan selalu akan terjadi macam ni. Bukan itu sahaja ada juga warganet yang bergurau mengaitkan kejadian ini dengan ikan siakap.

Barang mahal lah ni..

Jangan komplen bang..

Buat sendiri..

Bihun siakap tu..

Apa yang boleh disimpulkan adalah nak untung boleh. Tapi jangan sampai mencekik darah atau melebih-lebih sangat, kesian pada pelanggan. Semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan dari yang di atas.

Kredit: MC Tie Tie Via MATJHN

Baca juga: Resepi Mihun Sup Ayam Style Cina, Rahsia Masak Sup Tak Guna Sebarang Perencah Tapi Sedap Yang Amat!

tags: |