Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Merayu Waktu Period Jangan Bungkus Tapai, Namun Komen Warganet Pula Yang Bikin Pecah Perut!

Wanita Merayu Waktu Period Jangan Bungkus Tapai, Namun Komen Warganet Pula Yang Bikin Pecah Perut!

Kategori:

Tapai merupakan makanan tradisional Melayu yang wajib ada setiap kali musim perayaan. Ianya diperbuat daripada pulut dan diperamkan untuk beberapa hari. Rasanya yang manis dan sedikit masam memang sangat digemari oleh kebanyakan orang.

Berkenaan dengan tapai ini, terbaharu ada seorang wanita yang dikenali dengan Ayu Razali sempat bergurau merayu agar wanita atau sesiapa yang sedang kedatangan haid jangan bungkus tapai.

Mungkin hal tersebut dijadikan gurauan selepas dia melihat rupa makanan tradisional ini yang tidak seperti biasanya kerana terdapat warna merah.  Warna merah berkenaan berlaku akibat menggunakan ragi yang tidak elok atau pun cara simpan yang tidak betul.

Ekoran gurauan yang dimuat naik oleh Ayu ini, komen warganet pula yang menarik perhatian dan bikin hati terhibur. Mana tidaknya kerana ramai yang turut membuat lawak.

Tidak kurang juga ada yang bertanya apa kaitan dengan wanita yang mengalami period dan ianya menjadi warna merah. Malah ada juga yang mengatakan jangan terlalu percaya dengan mitos ini.

Makcik-makcik monopous sahaja..

Ni tengah tumpah darah..

Ragi tak elok atau cara simpan tak kena..

Takde istilah period..

Kesimpulannya, tapai yang menjadi merah tiada kaitan pun dengan period kerana ramai je yang pernah mengalami situasi yang sama walaupun tak period.

Kredit: Ayu Razali Via MATJHN

Baca juga: Petua Buat Tapai Pulut Manis & Tak Masam, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Nikmat Di Tekak

tags: | |