Apabila tak sempat masak atau pun malas nak memasak sendiri di rumah pastinya kita akan membeli makanan dari luar sahaja. Namun apabila membeli dari luar pasti akan ada sedikit kekurangan. Nak tak nak terpaksa terima juga. Lebih-lebih lagi kalau jumpa serangga atau binatang dalam makanan.
Seperti mana yang berlaku kepada Nik Fatin Najihah di mana dia telah membeli nasi lemak namun tiba-tiba menjumpai anak lipas. Dah makan sampai kenyang baru perasan.
Namun Fatin tidak memarahi peniaga berkenaan, dia hanya menasihati peniaga tersebut agar lebih berhati-hati. Walaubagaimanapun dia memuji masakan peniaga berkenaan. Katanya kesemua masakan peniaga berkenaan adalah sedap belaka.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet juga tidak menyalahkan peniaga berkenaan. Mereka menganggap mungkin tuan kedai berkenaan terlepas pandang atau pun anak lipas berkenaan terbang sewaktu tengak memasak.
Dalam masa yang sama ada juga warganet yang sempat bercerita kejadian menemui sesuatu dalam makanan seperti dawai besi, telur lalat, ulat dan lain-lain serangga.
Benar apa kata warganet, kadangkala peniaga atau penjual ni dah terlalu berhati-hati tapi tak tahu macam mana serangga boleh masuk juga. Tak semua peniaga ini bersifat pengotor, ramai je yang buat kerja dengan cermat. Jadi jangan salahkan peniaga seratus peratus ya.
Sumber: Nik Fatin Najihah Via MATJHN
Baca juga: Temui Leher Ayam Yang Tidak Disembelih, Warganet Larang Orang Ramai Beli Ayam Di Pasaraya