Lelaki yang bergelar abah, ayah, daddy atau baba ini merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seseorang. Lebih-lebih lagi bagi anak perempuan. Hidup tanpa seorang ayah memang tidak lengkap rasanya. Insan yang tabah dan kuat ini sering kali mengajarkan anak tentang kehidupan.
Tanpa seorang ayah siapalah kita. Berkenaan dengan lelaki pertama ini. Ada seorang gadis yang dikenali dengan nama Wahida sempat berkongsi sebuah video yang mengundang sebab ramai orang berkenaan dengan abahnya.
Katanya setiap hari tanpa jemu abahnya itu akan menunggu dia dekat pejabat untuk lunch bersama. Di dalam video tersebut, kelihatan abahnya sedang duduk di tangga menantinya dengan sabar.
Namun apabila disergah oleh Wahida, lamunannya terus hilang dan abahnya itu kelihatan sedikit terperanjat. Kemudian abahnya tersenyum manis. Turut dikongsikan juga gambar abahnya sedang makan.
@triplea201911 hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️
♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
@triplea201911hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️ ♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi
Ekoran video berkenaan ramai warga TikTok yang berasa sebak dan meluahkan rasa rindu terhadap ayah mereka. Ada juga yang mengatakan muka abah Wahida ini sangat ikhlas menunggu anaknya dan meminta menjaga dan menghargai abahnya sebaik mungkin.
Bukan itu sahaja, ada juga warga TikTok yang meminta Wahida agar jangan sesekali menolak untuk makan tengahari bersama abahnya demi kawan.
Betullah kan orang cakap yang kasih seorang ayah ini tiada penghujungnya. Tengok sahajalah situasi yang dikongsikan oleh Wahida ini. Buat yang masih ada ayah, hargailah mereka sebaik mungkin kerna tanpa ayah siapalah kita.
Sumber: TikTok Wahida
Baca juga: