Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Mudah Tanam Pokok Kesum Agar Hidup Subur Dan Tumbuh Elok, Ikut Je Cara Ini!

Petua Mudah Tanam Pokok Kesum Agar Hidup Subur Dan Tumbuh Elok, Ikut Je Cara Ini!

Kategori: ,
cara tanam pokok kesum

Kesum merupakan antara bahan yang sering digunakan untuk menyedapkan masakan. Lebih-lebih lagi ketika menyediakan laksa pineng, tidak lengkap sekiranya tiada daun kesum ini sebagai penyedap rasa. Namun jika dibeli dari kedai, kebiasaannya daun kesum ini sudah layu, tidak segar dan pasti baunya pun sudah kurang.

Jadi apa kata tanam sahaja pokok kesum ini ditepi rumah. Memandangkan ia merupakan tumbuhan yang mampu hidup di tanah dan juga di dalam air. Namun untuk hidup di tanah, ia memerlukan kawasan yang lembap.

Nak tahu cara yang lebih lengkap dan mudah menanam pokok kesum ini? Jom kita ikuti perkongsian dari Alin Lin ini.

Cara Tanam Pokok Kesum Yang Mudah, Ikut Cara Ini Pasti Subur & Tumbuh Elok!

Kesum adalah sejenis tumbuhan yang mampu hidup di dalam air. Tetapi ia juga mampu hidup di atas tanah. Ada dua jenis kesum sebenarnya. Satu jenis kecil da satu lagi jenis besar. Yang jenis kecil ia memang suka tinggal di dalam air. Jika air lalu contoh dalam parit ia akan cepat membiak hidup subur tanpa baja.

Yang jenis besar ia sangat cantik jika ditanam atas tanah sebab kesum besar memang lebih tinggi dari kesum yang kecil.

Perlu ditanam di kawasan yang lembap

Tanamlah kesum di kawasan atau di tanah yang lembap. Kalau diingat dulu mak kita tanam kesum di tepi longkang sebab tepi longkang tu sejuk dan banyak air. Tapi ada pula yang geli nanti longkang tu laluan air apa. Jadi cari la tempat di tepi rumah laluan air hujan.

Kita panggil cucur atap mana yang rumahnya keliling ada longkang laluan air hujan lagi bagus. Jika tiada cukuplah sekadar tepi rumah dimana tempat air hujan turun. Kemudian cuba korek-korek sikit tanah tu ada nampak lembab tak di dalamnya. Jika ada boleh sediakan benih keratan kesum.

Cara tanam dan siraman

Bila kita menanam janganlah tanam sebatang-sebatang. Tanamlah sekurang-kurangnya 3 batang atau 4 dalam satu lubang. Jangan pula tanam seikat dalam satu lubang.

Setelah tanam siram air pagi dan petang jika hujan senang lah kerja kitakan tak perlulah siram lagi sebab tempat tu dah memang air hujan turun. Selepas beberapa hari antara 4 keratan yang kita tanam pasti tak semuanya hidup. Pasti ada yang mati (tapi kalau hidup semua alhamdulillah).

Jangan cabut jika nampak keratan tu hitam. Biarkan je dalam 10 lubang pasti ada yang jadi. Memang dia nampak macam kering atau mati tapi pasti ada yg jadi. Sabar selagi keratan tu tak menyembah bumi selagi tu kita ada harapan.

Tanam keratan berpandukan ruasnya akar akan tumbuh pada ruas-ruas tersebut. Tanam dalam sikit tak mengapa. Pastikan keratan kesum yang cukup tua ia lebih senang untuk hidup.

Setelah pokok membesar setinggi paras lutut pokok kesum harus di potong. Jika tak makan sedekah lah kepada jiran atau boleh buat 3 ke 4 peringkat. Contoh minggu ini kita kerat selonggok atau senang cita secekak. Simpan ke bagi jiran ke tak kisahlah.

So minggu depan potong lagi secekak. Jadi nanti nampak kesum tu naik bertingkat-tingkat. So takde la dia membazirkan. Nak potong semua takut pula esok nak guna dah tak ada daunnya. Kenapa kesum perlu di potong jika ia sudah tinggi dan mula rebah?

Sebab ia boleh mati kerana kita tak petik. Jadi makin kerap kita potong makin banyak pokoknya nanti makin rimbun.

Kesum tak memerlukan baja yang banyak

Kesum tidak memerlukan baja yang banyak. Cukup air cukup sinar matahari sudah memadai untuk dia hidup dengan subur.

Ada jenis serangga yang sukakan daun kesum jika nampak daunnya mula di makan ulat bolehlah semburkan racun serangga. Jika ia cantik dan tidak ada seranggan yang makan tidak perlulah meracun.

Kenapa saya beli pokok kesum dan bila sampai di rumah ia semakin layu dan mati? Kerana akarnya terkejut dengan air yang berlebihan dan mungkin kurang. Sebaiknya kesum di tanam di atas tanah yang lembap.

Kenapa sahabat saya tanam kesum dalam pasu menjadi dan subur? Kerana dia menanam dari awal keratan dan siraman yang konsisten setiap hari. Pokok tidak mengalami perubahan mendadak dari segi pencahayaan dan kawasan sekitar.

Susah ke menanam kesum? Tidak susah jika kena cara dan tanahnya. Tapi susah juga jika kawasannya gersang dan terdedah matahari yang terik.

Jadi buat anda yang saat ini berhasrat untuk menanam pokok kesum, bolehlah tengok cara dan petua yang dikongsikan oleh Alin Lin ini. Jangan lupa untuk kongsikan juga cara ini kepada kenalan anda ya!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Alin Lin Via Berkebun untuk begginner

Baca juga: Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Pokok Bendi Yang Subur, Bukan Main Banyak Buah Dan Cabangnya, Suka Sangat Tengok!

tags: | |