Katak merupakan haiwan yang boleh hidup dalam dua keadaan sama ada di darat dan di air. Terdapat pelbagai jenis dan spesis katak yang ada di dunia ini sebenarnya. Antara katak yang sudah biasa dalam kalangan rakyat Malaysia adalah katak pisang dan katak puru.
Berkenaan dengan katak ini, viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang wanita yang menikmati hidangan sup katak dengan lahap sekali.
Menerusi video berkenaan kelihatan wanita terbabit sedang menyuapkan seekor katak ke mulut. Dengan wajah yang biasa tanpa kelihatan geli sedikit pun dia seakan-akan sangat menikmati sup katak tersebut.
Memandangkan memakan katak bukan satu perkara yang biasa dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi di semenanjung. Maka ramai warga TikTok yang berasa geli melihat video berkenaan.
https://www.tiktok.com/@librafriza/video/7030813542785813787?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@librafriza##mafiagedang ##fyp ##xyzbca♬ ACA ACA NEHI NEHI RMX – Rian.A
Tidak kurang juga ada yang berasa terliur melihat wanita berkenaan menikmati katak yang dimasak seperti sup itu. Malah ada yang terus tidak berselera untuk makan setelah melihat wanita ini makan katak serta lebih baik kelaparan daripada makan katak ini.
Bukan itu sahaja, ada juga warga TikTok yang meminta orang ramai agar menghormati makanan orang atau pun agama lain.
Bagi agama lain mungkin makan katak adalah satu kebiasaan namun dalam agama Islam pula sebaliknya. Islam tidak menyarankan umatnya memakan haiwan dua alam ini. Walaubagaimanapun tetaplah menghormati agama orang lain.
Sumber: TikTok Librafriza