Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Makan Ayam Goreng MCD 3x Spicy Sampai Tercirit Akhirnya Olah Ayam Kepada Masakan Lain

Wanita Makan Ayam Goreng MCD 3x Spicy Sampai Tercirit Akhirnya Olah Ayam Kepada Masakan Lain

Kategori:

Sejak McDonalds keluarkan kembali ayam goreng 3x spicy memang terdapat banyak reaksi dari warganet. Ada yang kata tersangat pedas sehinggakan ada gadis yang terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dari makan ayam goreng McD ini. Namun ada juga yang berkata sebaliknya.

Berkenaan dengan ayam goreng Mcd 3X Spicy ini, wanita yang dikenali Nor Azlien Ramli telah berkongsi postingan di mana dia telah mengolah ayam yang dibelinya kepada ayam masak sos.

Kerana terlalu pedas dan sampai tercirit, dia tidak mampu untuk menghabiskan ayam berkenaan. Daripada membazir lebih baik dia mengolah ayam tersebut menjadi menu atau hidangan.

Katanya dia membeli ayam berkenaan hanya untuk mencuba tahap kepedasan namun dia tidak mampu melepasinya.

Pedas nak mampus..

Beli ayam mcd konon nak cuba tahap kepedasan. Tak lepas, pedas nak mampus. Sampai tercirit, pada buang gitu maka jadilah ayam mcd masak sos. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet yang mengiyakan apa yang terjadi kepada wanita ini. Ayam 3x spicy yang dikeluarkan kali ini memang betul-betul membuatkan ramai tercirit.

Malah ada juga warganet yang serik. Tidak mahu makan lagi ayam McD selepas ini. Yang memang menyukai makanan pedas pun tewas dengan ayam Mcd 3x spicy kali ini.

Tak rasa pedas dimulut..

Serik dah..

Rasa tak pedas..

Memang luar biasa sungguh tahap kepedasan ayam goreng 3x spicy yang dikeluarkan oleh McDonalds kali ini. Mungkin bagi yang cakap tidak pedas macam sebelum ini adalah bergantung kepada cawangan McD yang dikunjungi.

Walaubagaimanapun tetaplah menjaga kesihatan anda. Jangan terlalu suka sangat makan makanan yang pedas ini. Bimbang kejadian yang berlaku kepada seorang gadis ini juga turut terjadi kepada anda. Tetap sihat dan selamat!

Kredit: Nor Azlien Ramli

Baca juga: Teringin Nak Makan Ayam Goreng McD? Jom Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Je. Mudah Sangat!

tags: |