Laksa merupakan antara makanan tradisional Melayu yang sehingga kini masih lagi disukai oleh ramai orang. Terdapat pelbagai jenis laksa ini sebenarnya. Ada laksa Pineng, laksa lemak, laksa Johor, laksa Utara dan pelbagai lagi jenis laksa.
Antara laksa-laksa tersebut ada yang menggunakan Spaghetti namun kebanyakkannya akan menggunakan laksa putih. Selain dibeli laksa segera, kita juga boleh membuatnya sendiri tau. Nak membuatnya sangatlah mudah.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi atau cara membuat laksa beras ini dari Rosnila Shaari.
Resepi Laksa Beras Yang Mudah, Hanya Bancuh Dan Kepal Sahaja!
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung beras cap teratai
- 3 sdm tepung ubi membukit
- 3 sdm tepung gandum membukit
- 3 cawan air panas mendidih
- Secubit garam
Cara Penyediaan:
- Letak tepung dalam bekas
- Larutkan garam dengan air panas. Tuang sikit-sikit air panas ke tepung sambil kacau dengan senduk.
- Kalau rasa keras, tambah sikit-sikit air panas.
- Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
- Masa kepal tangan sapu minyak.
- Masukkan dalam acuan maruku.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Bentukkan laksa buat sampai habis.
- Kemudian terus kukus dalam 20 minit.
- Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
- Buang air dan tambah air baru.
- Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain dan terus tapis.
- Siap dan boleh makan dengan segala jenis kuah laksa.
Mudah sahaja kan nak buat laksa beras ini? Kalau tak pernah buat, boleh cuba buat dulu. Lepas ni kalau ada apa-apa majlis buat sendiri je. Lepastu terpulang lah pada korang nak buat kuah laksa apa sebab sesuai nak makan dengan laksa mana-mana.
Kredit: Roslina Shaari Ina Kie Via BIKMM
Baca juga: Pernah Makan Laksa Tomyam? Lain Dari Yang Lain, Ini Dia Cara Buat Laksa Tomyam. Menarik & Sedap Sangat-Sangat!