Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mi Gorengnya Direbus Bodoh..”, Lelaki Marah & Hilang Semangat Nak Masak Bila Kawannya Tersalah Goreng Mi Goreng 

“Mi Gorengnya Direbus Bodoh..”, Lelaki Marah & Hilang Semangat Nak Masak Bila Kawannya Tersalah Goreng Mi Goreng 

Kategori:
lelaki tersalah masak mi goreng

Mesti ramai kan dalam kalangan kita yang mempunyai kawan atau kenalan yang berperangai agak kepelikkan. Lain yang diminta, lain yang di arah lain pula yang dibuat. Gila-gila dan kepelikkannya itu lah kadangkala membuatkan kita hilang kesabaran.

Walaupun kesabaran sudah hilang namun bukan bermakna kita tidak menyayanginya. Sayang je tapi itulah memang geram juga kan. Lebih-lebih lagi kalau tinggal atau menginap di rumah sewa bersama-sama. Boleh jadi bergaduh besar tau.

Seperti mana video yang viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan 2 orang lelaki yang sedang masak mi segera di dapur. Kelihatan lelaki berkenaan ingin membuat mi segera goreng. Sewaktu lelaki ini sedang membuka plastik mi segera tiba-tiba kawannya mencampakkan mi segera tersebut ke dalam minyak panas.

Terkejut dengan apa yang dibuat oleh lelaki ini, dia segera bertanya kepada kawannya apa yang dibuat. Lantas kawannya menjawab, goreng mi. Mendengar jawapan dari kawannya, dia terus memarahi temannya itu. Mi goreng ini bukan untuk digoreng namun direbus.

Mi goreng memang perlu digoreng

Kemudian kawannya menjawab, ini kan mi goreng memang perlu digoreng. Dengan perasaan hampa dan marah lelaki ini pun mengambil senduk dan meminta kawannya mengangkat kembali mi berkenaan. Lalu dia meninggalkan kawannya itu dengan perasaan kecewa.

@mang_supri_situmorang##lawaknya 😂🤣😂♬ original sound – $@ SIDOLI PARTOBA @$ – Mang-$upri-$itumorang

Video yang bersifat lawak itu telah dimuat naik oleh orang Indonesia. Melihat situasi itu, ramai warga TikTok yang tidak dapat menahan gelak. Ada yang mengatakan mungkin kawannya itu baru pertama kali makan dan masak mi goreng segera ini.

Bahkan ada yang meninggalkan komen mengatakan ada betul juga apa yang dikatakan oleh lelaki yang berbaju hitam itu. Jika tertulis mi rebus barulah direbus. Disebabkan mi ini tertulis mi goreng maka perlu digoreng.

Mungkin video yang dimuat naik itu sekadar untuk melawak dan menceriakan kehidupan. Namun begitu, pasti akan ada yang membuat hal yang sama bukan? Atau pun ada sahaja kawan atau kenalan anda yang seperti ini. Walaupun begitu tetaplah bersabar ya.

Kredit: TikTok mang_supri_situmorang

Baca juga: Isteri Selamba Letak Udang Mahal Dalam Mee Goreng, Rupa-Rupanya Nak Bodek Suami Beli Peti Ais 4 Pintu

tags: