Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Musim Hujan Ni Ramai Yang Kena Selesema, Ini Dia Petua Untuk Hilangkan Selesema Dengan Cepat

Musim Hujan Ni Ramai Yang Kena Selesema, Ini Dia Petua Untuk Hilangkan Selesema Dengan Cepat

Kategori: ,
cara hilangkan selesema dengan cepat

Apabila tiba musim hujan selain perut kita sentiasa kelaparan pasti kesihatan juga turut terganggu. Itu sudah menjadi kebiasaan setiap kali tiba musim hujan atau pun setiap kali hujan dan panas. Selain demam, kadangkala selesema juga turut menjelma.

Selesema ini berlaku apabila ada berlaku satu jangkitan pada hidung dan tekak. Kebiasaanya ia sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia hingga 2 tahun. Namun ia juga tetap menyerang orang tua atau pun orang dewasa.

Namun apabila menyerang orang dewasa atau orang tua, masa untuk selesema ini sembuh adalah agak lama. Kadang sudah hampir berbulan-bulan namun tidak juga sembuh. Sudah mencuba pelbagai cara dan makan pelbagai jenis ubat. Namun hidung tetap juga meleleh.

Nak hilangkan selesema ini dengan cepat? Jom kita ikuti perkongsian dari Azizah Che’ Mah. Dia menggunakan limau kasturi, madu asli dan air sahaja. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara Sembuhkan Selesema Yang Menyerang Dengan Cepat!

Sejak amalkan berbekam dan mengikut petua ini, memang cepat hilang selsema saya. Selalunya sebelum demam, saya akan selsema dulu. Jika saya biarkan, saya akan bersin pula, sakit tekak, batuk dan demam akhirnya.

Sejak tahu petua ini, bila mula saja selsema, saya terus bancuh air azimat ini. Sebab ia seperti membantutkan penyakit yang baru nak jadi.

Bermula 9pm saya bersin dan selsema, 9.15pm saya bancuh dan minum. Dalam 10.30pm berhenti semua penyakit. Esoknya sihat seperti sediakala. Alhamdulillah

Mari Saya kongsikan. Hanya 3 bahan saja.

Bahan-bahannya:

  • 3 biji limau kasturi
  • 1 sdb madu asli
  • Air suam + air panas

Cara Penyediaan:

  1. Potong limau kasturi dan perah di atas tapis untuk asingkan biji.
  2. Bila jus limau sudah ada dalam cawan, masukkan madu menggunakan sudu kayu atau sudu plastik. Khasiat madu akan hilang jika guna sudu besi.
  3. Tambahkan air biasa dulu ke dalam campuran tadi dan kacau arah lawan jam. Saya guna air manzil.
  4. Kemudian baru tambahkan air panas mendidih.
  5. Kacau lagi mengikut arah lawan jam. Untuk ambil keberkatan arah tawaf.
  6. Sebelum minum baca alfatihah 1 kali, ayat kursi 1 kali, 3 Qul 1 kali. Niat yang baik-baik supaya Allah sembuhkan penyakit dan minum. Paling mujarab minum ketika tengah panas-panas. Jangan tunggu suam atau sejuk.
  7. Jika setelah 4 jam penyakit belum hilang, ulang minum lagi ya. Mungkin antibodi belum cukup kuat. Ulang minum setiap 4 jam sampai hilang selsema atau bersin. InshaAllah sembuh.

Mudah sahaja kan nak hilangkan selesema dengan menggunakan cara yang dikongsikan oleh wanita ini. Selepas ini kalau tiba-tiba atau dah lama sangat selesema bolehlah menggunakan cara di atas ini. Namun sekiranya masih lagi berlarutan, boleh dapatkan nasihat pakar atau doktor ya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Azizah Che’ Mah 

Baca juga: Minuman Ini Mampu Legakan Hidung Tersumbat Dan Batuk Berkahak Dengan Mudah Dan Cepat, Lepas Minum Lega Sangat!

tags: | |