Daging salai boleh dimasak untuk dimakan bersama-sama keluarga. Kekadang je boleh makan lauk daging ni kerana salah satu faktornya ialah harga daging lebih mahal dari lauk lain. Bukan selalu boleh makan daging. Jadi, para ibu yang sedang fikir nak masak apa dengan daging tu, jom cuba resepi masakan daging salai ni.
Jaranglah orang jual daging salai di luar. Boleh je nak buat sendiri di rumah masakan ni. memang sedap kalau daging salai ni dibuat masak lemak cili api, cili padi, pucuk ubi dan belimbing buluh.
Resepi Daging Salai
Bahan-bahan:
- 500g daging lembu
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 2 inci halia (kisar)
- 1 biji bawang besar
- 20 cili padi kampung
- Segenggam cekur (buang kulit)
- 1 batang serai (ketuk)
- 1 biji kelapa (perah dapatkan santan pekat & cair)
- 3 helai daun kunyit @ daun cekur
- 1 asam keping
- Garam secukup rasa
Cara Buat
- Potong daging besar-besar. Kemudian, rebus daging dengan bawang putih dan halia hingga lembut dan daging biar empuk
- Kemudian, salai atas pan hingga garing angkat, sejukkan dan hiris daging nipis-nipis.
- Dalam periuk, masukkn serai yg telah diketuk tumis bahan kisar iaitu bawang besar, cekur dan cili padi kampung
- Tumis dengan sedikit minyak dan biarkan lada betul-betul masak. Masukkn santan cair, daging yang telah disalai, daun kunyit dan asam keping
- Jika kuah sudah didih, masukkn santan cair perasa dengan garam
- Siap untuk dihidang
Selesai untuk resepi daging salai. Pastikan daging direbus dan disalai dengan betul supaya kenyal, mudah untuk dimakan nanti dan sedap. Cuba! Cuba! Jangan tak cuba!
Kredit: Nurul Jannah (MMAHN)
Baca Juga: Ini Dia 8 Tips Dan Cara Penyimpanan Daging Supaya Daging Kekal Segar Dan Tahan Lama