Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Weh Dia Betul-Betul Makan..”, Ramai Terkedu Lihat Gadis Betul-Betul Sahut Cabaran Makan Sunlight

“Weh Dia Betul-Betul Makan..”, Ramai Terkedu Lihat Gadis Betul-Betul Sahut Cabaran Makan Sunlight

Kategori:
gadis makan sunlight

Seperti yang kita semua ketahui Sunlight merupakan sabun pencuci pinggan mangkuk serta peralatan dapur. Sudah berabad lamanya berada di pasaran dan ia juga merupakan antara pencuci pinggan mangkuk yang pertama di dunia. Dikeluarkan dalam bentuk ketulan dan kini sudah keluarkan dalam bentuk cecair.

Bahkan kini ia boleh didapati dalam 6 jenis pilihan dan warna. Memandangkan ia merupakan pencuci pinggan mangkuk jadi ianya tidak boleh dimakan atau ditelan sama sekali. Walaupun ianya selamat untuk mencuci sayuran namun ia tidak selamat untuk dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia.

Gadis sahut cabaran makan sunlight

Namun ada seorang gadis di aplikasi TikTok sempat memakan Sunlight berkenaan. Nina melakukan itu apabila salah seorang warga TikTok menyuruhnya cuba makan Sunlight. Ekoran sahutan itu, dia betul-betul melakukannya.

Dapat dilihat dia meletakkan Sunlight ke atas sudu lalu betul-betul memasukkannya ke dalam mulut. Melihat situasi itu, ramai warganet terkejut dan terkedu. Bukan itu sahaja malah ada juga warganet yang risau akan keadaan diri Nina.

https://www.tiktok.com/@ninanino.__/video/7034813075056348443?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@ninanino.__Reply to @mariamsofiaaaaa.__ CHALLENGE ACCEPTED βœ… PAHIT TAU !😀 ##dbannedtroops ##ninaninochallenge ##challengekawin ##fyp ##challenge ##challengeaccepted

♬ original sound – 1MILLIONKAWIN πŸ‘°πŸ»β€β™€οΈπŸ’β€οΈβœ¨

Video tersebut telah mendapat 158.4k likes dan 3050 komen. Rata-rata warganet menasihatkan Nina agar jangan mengikut cabaran yang mengarut dari netizen.

Pelik la komen..

Bukan itu sahaja, ada juga yang seolah-olah menyalahkan warganet yang menyuruh melakukan cabaran yang pelik dan tak munasabah ini.

Jaga kesihatan tau..

Walaubagaimanapun, menurutnya di ruangan komen Nina tidak menelan Sunlight tersebut. Dia hanya memasukkan ke dalam mulut dan mengemamnya untuk seketika. Menurut Nina lagi ia mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi tidak berbuih.

Pesanan buat anda semua, tetaplah menjaga kesihatan. Jangan makan atau sesuka hati sahut cabaran yang boleh membahayakan diri sendiri.

Kredit: TikTok Ninanino

Baca juga: Tengok Video Masak & Makan Buaya, Ramai Rakyat Malaysia Komen Kata Syukur Jadi Orang Islam

tags: |