Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Durian Bukan Selalu Dapat Makan. Jangan Lupa Cuba Resepi-resepi Berasaskan Durian Ni Bila Musim Durian Tiba!

Durian Bukan Selalu Dapat Makan. Jangan Lupa Cuba Resepi-resepi Berasaskan Durian Ni Bila Musim Durian Tiba!

Kategori: ,
Resepi Berasaskan Durian

Durian hanya berbuah pada musimnya sahaja. Sekali dia berbuah, pelbagai jenis resepi panas yang akan muncul untuk menarik pelanggan yang gemar dengan durian. Ramai yang gemar durian bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga kaum dan bangsa lain. Durian merupakan raja buah-buahan kerana saiznya yang besar, bau yang kuat, dan kulitnya yang dilitupi duri.

Bentuknya berkisar dari bujur hingga bulat, warna sekamnya hijau hingga coklat, dan dagingnya kuning pucat hingga merah, bergantung pada spesies. Sebelum kita pergi kepada resepi, ini tips ringkas yang saya mahu kongsikan agar kita tidak tersalah pilih durian.

Untuk memastikan tidak salah pilih durian dan hanya mahukan yang tebal dan manis perlulah memilih yang berbentuk bulat, tangkainya perlulah tebal dan pendek, ketuk-ketuk durian, cium bau dan pilih yang ringan serta jangan beli yang sudah merekah.

Tips Memilih Durian

Durian Souffles Cheesecake

Durian Souffle

Bahan-bahan:

  • 250 gram Creamcheese (suhu ruang)
  • 6 kuning telur (suhu ruang)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 50 gram gula bubuk
  • 60 gram butter cair
  • 200 gram purée daging durian
  • 60 gram tepung terigu protein rendah
  • 20 gram maizena
  • 6 putih telur (suhu ruang)
  • 60 gram gula bubuk
  • 1/2 sdm air jeruk nipis

Cara Membuat

  1. Lelehkan Creamcheese dengan double boiler atau dengan cara ditim sampai Creamcheese lembut.
  2. Tambahkan garam, kuning telur dan butter leleh, aduk rata dengan balon whisk.
  3. Masukkan gula halus dam purè durian,dam aduk hingga rata. Masukkan tepung terigu, aduk lagi hingga rata. Saring adonan durian, lalu masukkan ke mangkuk bersih, sisihkan.
  4. Siapkan mikser, mikser putih telur hingga berbusa, lalu masukkan air jeruk nipis, lalu masukkan gula bubuk secara bertahap dalam 3 tahapan. Mikser hingga soft peak. Sisihkan
  5. Campurkan adonan putih telur ke dalam adonan Creamcheese durian dalam 3 tahapan dengan sistem aduk balik. Aduk balik hingga tercampur rata.
  6. Masukkan adonan ke dalam cetakan bulat diameter 20 cm dengan dialasi baking paper dan dioles mentega pada sisi sisinya.
  7. Panggang dengan cara au bain marie dengan suhu 150-160 derajat celcius selama 80 menitan (tergantung oven masing masing ya)
  8. Setelah matang, keluarkan kue dari cetakan, dinginkan lalu oles atas kue dengan selai marmalade yang dicampur dengan sedikit air jeruk lemon (optional ya) . Setelah itu masukkan ke dalam chiller lalu siap dihidangkan. .

Kredit: ginalarasati_bundaradithya

Durian Crepe

Bahan-bahan:

  • 8 sudu makan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 80 ml susu segar
  • 300 ml air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan Untuk Kastard Durian:

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 200ml susu segar
  • 50ml air
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan isi durian

Kaedah Menyediakan

  1. Sejukkan kastard di dalam peti selama 30 minit sehingga mengental sebelum dicampurkan dengan isi durian
  2. Kalau campuran kustard dan durian terlalu cair, panaskan semula campuran ini di atas api sehingga pekat kembali

Krim putar :

  • 200ml krim putar
  • Tambah gula aising kalau krim tidak manis

Nota:

  • Pakai whipping cream yang sejuk dan pastikan mangkuk serta whisk yang digunakan juga sejuk supaya cream cepat mengembang ketika diputar.
  • Resepi ini menghasilkan 15 biji durian crepe

durian crepeKredit: Abby Razy (BIKMM)

 

Kek Keju Durian Bakar

Kek keju bakar durian

Bahan-bahan:

  • 250 gram cream cheese
  • 1 cawan isi durian, lecek halus
  • 1/4 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/3 cawan santan kotak
  • 1/4 sudu teh garam
  • Esen durian / vanila

Cara Menyediakan

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan durian, putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, santan, garam dan esen, putar rata.
  4. Tuang ke dalam bulat 6 inci yang di alas kertas baking.
  5. Bakar suhu 200 selama 40 minit secara water bath.
  6. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong dan hidang.

Kredit: Kak Wan @ Citarasawan

Cekodok Durian

Resepi Cekodok Durian

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 cubit garam
  • Sedikit gula (pilihan)
  • 3 keping biskut cream crackers
  • 2 sudu besar chocolate rice
  • Air secukupnya

Cara Buat Cekodok

  1. Campurkan isi durian yang dicarikkan sebanyak mana yang disukai, tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul sebati menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sesuai boleh dijemput.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan biskut crackers yang telah dihancurkan dan satu bahagian lagi letakkan chocolate rice. Kacau hingga sebati.
  4. Gorengkan dengan menjemput adunan menggunakan hujung jari atau pun sudu ke dalam minyak yang panas dan banyak. Api jangan terlalu kuat supaya masak dengan sekata. Goreng hingga coklat keperangan.
  5. Toskan lebihan minyak.

Kredit: Norfazida Gda (BIKMM)

Ketiga-tiga resepi ini sudah biasa kita nampak yang menjual di luar dan laku keras kerana jarang orang mengidam durian ni. Sekali mengidam memang akan ramai yang beli. Lagi-lagi durian ini hanya ada pada musimnya sahaja. Kalau ada durian di kebun sendiri atau beli sahaja dan jangan lupa cuba resepi-resepi ini.

Selamat mencuba~

Baca Juga: Cara Mudah Buat Bubur Kacang Hijau Durian Yang Sedap Dan Cepat, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

tags: | |