Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kenapa Nak Memudaratkan Nyawa?”, Doktor Dedah Dua Orang Pesakit Mengalami Kerosakan Buah Pinggang Akibat Dari Makanan ‘Sunnah’

“Kenapa Nak Memudaratkan Nyawa?”, Doktor Dedah Dua Orang Pesakit Mengalami Kerosakan Buah Pinggang Akibat Dari Makanan ‘Sunnah’

Kategori: ,
dua orang pesakit mengalami kerosakan buah pinggang

Sejak kebelakangan ini terlalu ramai rakyat Malaysia yang menghidap kerosakan buah pinggang. Rata-rata dari mereka bukanlah orang tua, ramai juga orang muda yang turut mengalaminya. Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kira-kira 15 peratus daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pada tahun lepas.

Kebanyakan daripada mereka ini hanya mengetahui mereka menghidap penyakit buah pinggang apabila sudah berada pada tahap yang serius. Selain daripada pemakanan yang bergula, berkalori dan bergaram tinggi antara punca berlakunya kerosakan buah pinggang ini adalah disebabkan oleh memakan produk putih, produk kurus atau produk kesihatan yang banyak dijual di pasaran.

Dua orang pesakit datang rosak buah pinggang disebabkan produk sampah

Seperti mana yang dikongsikan oleh Dr Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang berkenaan dengan pesakit yang datang. Menurutnya dalam hari yang sama, beliau didatangi pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang disebabkan produk-produk sampah yang berada di pasaran.

Produk tersebut adalah produk campuran yang dijaja oleh jurujual sebagai makanan sunnah. Dua-dua pesakit berkenaan bacaan creatinine lebih 1000. Bagi orang normal adalah bawah 100. Pesakit tersebut telah memakan habatussauda tetapi ianya bukanlah bahan asli.

Tambah Dr Rafidah lagi, sekiranya kita ingin mengambil makanan sunnah tiada masalah. Namun suka diingatkan agar ambil lah yang asli dan dengan kuantiti yang sedikit.

Kenapa nak memudaratkan nyawa?

@rafidah72Cukup-cukup lah menipu pesakit-pesakit saya. Please, jurujual.#sayangibuahpinggang #elakproduksampah #pakarbuahpinggang #nephrodoctor♬ Sakit Teramat Sakit – Dadali

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Rafidah ini. Ada juga yang bertanya macam mana nak mengetahui habattusauda tersebut original atau pun tidak.

Thanks dr..

Dulu ada orang hasut ayah..

Dalam masa yang sama ada juga sempat bercerita berkenaan dengan kenalan atau ahli keluarga mereka berkenaan dengan penyakit ini.

Macam-macam orang duk suggest..

Bukan itu sahaja ada juga yang meminta pendapat doktor berkenaan dengan beberapa produk lain seperti daun senna dan lain-lain. Di samping itu, ada juga yang mengucapkan terima kasih atas nasihat yang disampaikan oleh Dr Rafidah ini.

Tq dr nasihatkan semua orang..

Semoga apa yang disampaikan atau dinasihatkan oleh Dr Rafidah ini dapat menyelamatkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan. Jangan sesekali mencuba mengambil produk atau sebarang pil yang berkaitan dengan putih, kurus dan cantik ini. Sayangilah buah pinggang anda!

Kredit: TikTok Dr Rafidah Abdullah

Baca juga: Pakar Dietitian Dedah Bahaya Gula-Gula Himalaya Salt Untuk Kesihatan Kita, Nampak Kecil Tapi…

tags: |