Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kesiannya..”, Lelaki Makan Sotong Hidup-Hidup Buat Orang Ramai Kecewa & Sedih Kerana Ia Satu Penyeksaan

“Kesiannya..”, Lelaki Makan Sotong Hidup-Hidup Buat Orang Ramai Kecewa & Sedih Kerana Ia Satu Penyeksaan

Kategori:
lelaki makan sotong hidup

Sotong merupakan salah satu haiwan atau binatang laut yang boleh dimakan. Terdapat pelbagai jenis dan saiz sotong ini sebenarnya. Haiwan yang bertulang satu ini sering dibuat goreng celup tepung. Lebih-lebih lagi di negeri-negeri pantai timur.

Selain dibuat goreng celup tepung, ada juga beberapa menu lain yang sering atau menu kebiasaan rakyat Malaysia seperti sotong goreng kunyit, sotong masak merah dan sotong rebus. JIka di Malaysia haiwan bertulang satu ini sering dimasak sebelum dimakan namun lain pula yang berlaku di Thailand.

Lelaki ini makan sotong hidup

Menerusi sebuah video yang viral di aplikasi TikTok, kelihatan seorang lelaki yang memakan sotong secara hidup. Langsung tidak dimasak sama sekali. Bahkan sotong tersebut masih lagi bergerak-gerak seolah-olah ingin melepaskan diri sewaktu lelaki ini memegangnya.

Sebelum memasukkan ke dalam mulut, lelaki ini sempat menyelup sotong berkenaan ke dalam sambal hijau. Selepas itu dia terus masukkan ke dalam mulut, mungkin sedikit kenyal kerana dari mimik mukanya dia seolah-olah gigih mengunyah sotong berkenaan.

@jornorborbor1993##หมึกสดซาซิมิ ##หมึกสดๆ ##หมึกเป็นซาชิมิทีเด็ดย่านจรัญ ##ติ๊กต๊อกพากิน

♬ I JUST WANNA PEN FAN YOU DAI BOR ? (อ้ายจัสวอนน่าเป็นแฟนยูได้บ่ ?) – สิงโต นำโชค

Memang makan sotong mentah bukanlah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia, jadi rata-rata warga Malaysia yang menonton video berkenaan berasa sungguh terkejut. Bahkan ada juga warga TikTok dari negara lain yang menyifatkan lelaki ini tidak bersimpati kepada haiwan ini kerana tetap memamakannya walaupun masih hidup.

Kesiannya..

Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan kepada sotong berkenaan. Lebih-lebih lagi sewaktu sotong berkenaan dicelupkan ke dalam sambal lada. Dalam masa yang sama ada juga yang menyifatkan ianya seperti kita memakan oyster. Kerana oyster juga turut dimakan secara mentah.

Sama sahaja dengan osyter..

Malah ada juga yang sempat bergurau menyatakan adakah lelaki ini tidak takut jika sotong berkenaan beranak di dalam perut kerana ianya masih hidup. Di samping itu, ada yang menyatakan ianya merupakan satu hidangan yang menderitakan kerana terlalu rumit untuk dimakan.

Kau tak takut ke..

Walaupunbegitu, anda yang tidak biasa tidak disarankan untuk memakan haiwan bertulang satu ini secara mentah kerana bimbang jika ia membahayakan kesihatan kita. Kita tidak tahu kuman atau parasit apa yang berada pada haiwan ini jadi seeloknya jangan sesekali mencuba ya!

Kredit: TikTok Jane Passawan

Baca juga: Cara Betul Menyiang Sotong Dengan Mudah, Cepat & Bersih. Makan Pun Jadi Tak Gatal!

 

tags: