Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Alami Kerugian Lebih RM200, Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..

Alami Kerugian Lebih RM200, Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..

Kategori:

Adab berniaga sememangnya akan ada untung dan rugi. Ianya adalah lumrah dalam satu-satu perniagaan. Siapa pun kita, kita tidak boleh lari dengan isu kerugian ini. Pasti akan ada cabaran dan dugaan. Hanya jiwa yang kuat dan cekal sahaja yang boleh bertahan dalam bidang perniagaan ini.

Tidak kiralah apa yang anda niagakan, sama ada makanan, pakaian, teknologi dan lain-lain. Pasti akan ada cabarannya yang tersendiri. Bukanlah setiap hari akan mendapat keuntungan. Seperti hidup ini juga, akan ada hari yang malang dan bukan setiap hari bahagia.

16 Kilogram ayam busuk terpaksa dibuang gara-gara..

Seperti mana yang dikongsikan oleh peniaga kedai makan. Fez Kitchen telah mengalami kerugian lebih RM200 kerana 16 kilogram ayam yang ingin dimasak terpaksa dibuang. Ayam tersebut terpaksa dibuang kerana kesemuanya sudah berbau busuk.

Demi menjaga kualiti dan menjaga pelanggan dia reda kerana terpaksa membuang ayam berkenaan. Ayam berkenaan sememangnya sudah tidak boleh dibuat apa kerana berbau busuk teramat sangat. Menurutnya, ayam tersebut berbau busuk kerana salah seorang pekerjanya lambat memasukkannya ke dalam peti kerana sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

@fez.kitchen

Ayam terpaksa dibuang 😭😭😭😭 #fyp

♬ original sound – Fez kitchen – Fez Cafe

@fez.kitchenAyam terpaksa dibuang 😭😭😭😭 ##fyp♬ original sound – Fez kitchen

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersedih dengan situasi yang dihadapi oleh Fez ini. Dalam masa yang sama ramai juga yang mendoakan Fez ini agar sentiasa dimurahkan rezeki. Tidak kurang juga ada yang meminta wanita ini agar memberi ayam tersebut kepada kucing jalanan, anjing, buaya atau pun penternak ikan keli.

Boleh bagi buaya makan..

Di samping itu, ada juga yang sempat bercerita mengenai pengalaman mereka berkenaan dengan ayam busuk ini. Salah seorang warga TikTok yang dikenali dengan nama adaateyhah pernah mengalami kerugian 500kg ayam sewaktu majlis perkahwinan kakaknya.

500kg ayam semua jadi biru

Selain itu ada juga warga TikTok lain yang menjual makanan terpaksa membuang satu periuk masakan kerana tiba-tiba lipan terbang dan masuk ke dalam periuk. Malah dalam masa yang sama ada juga yang memuji wanita ini kerana menitik beratkan soal makanan yang dijual walaupun terpaksa menanggung kerugian yang agak banyak.

Terpaksa buang masakan..

Selain usaha yang gigih, sabar dan tawakal juga merupakan satu perkara yang amat penting dalam menjalankan perniagaan. Semoga dengan ujian atau kerugian yang dialami oleh Fez Kitchen ini akan membuatkan perniagaan dia lebih maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Kredit: TikTok Fez Kitchen

Baca juga: Makan Kepala Ayam & Tumbuk Lada Dengan Tangan, Gelagat Lelaki Ini Tarik Perhatian Netizen

 

tags: |