Apabila tiba akhir tahun pastinya banyak kawan-kawan atau kenalan kita yang menamatkan zaman bujang. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Malaysia. Namun semenjak Covid-19 melanda dunia, tiada lagi majlis besar-besaran yang diadakan. Tetamu perlu dihadkan bagi memastikan virus tidak mudah merebak.
Setelah rakan-rakan berkahwin pastinya kita akan kenakan mereka setiap hari. Jika bukan melalui aplikasi wassap pasti kita akan mengenakan mereka sewaktu bertemu atau pun di tempat kerja. Walaupun malu sering dikenakan namun ianya merupakan satu momen yang menyeronokan.
Sekali sahaja seumur hidup, pastinya ia sangat menyeronokan. Berkenaan dengan kahwin ini, viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang lelaki, rakan kerja Dayang Hidayah, bila mana lelaki berkenaan dikenakan habis-habisan oleh rakan sekerjanya.
Menerusi salah sebuah video yang dikongsikan oleh Dayang ini kelihatan rakan-rakannya menyanyikan lagu selamat pengantin baru kepada lelaki tersebut. Malu dengan situasi itu, lelaki berkenaan mula berpaling dari kerusi tempat duduknya dan kemudiannya memakai topi keledar.
@ismedayang Excited member dah kahwin.
@ismedayangExcited member dah kahwin.♬ original sound – Dayang Hidayah
Melihat situasi itu, ramai warga TikTok yang terhibur dan menyatakan pasti berbulan-bulan dikenakan nanti. Menerusi video lain pula yang turut dikongsikan oleh Dayang berkenaan dengan rakan lelakinya itu sewaktu unboxing hadiah kahwin.
Apa yang lebih melucukan dan menghiburkan orang ramai adalah apabila melihat gelagat lelaki ini yang takut-takut sewaktu mula membuka hadiah berkenaan. Mungkin kerana bimbang dan takut apakah hadiah yang diberikan oleh rakan kerjanya itu.
Namun setelah dia membuka hadiah berkenaan nyatanya dia sangat teruja kerana hadiah tersebut adalah lesung batu. Teruja dengan hadiah lesung batu itu, lelaki berkenaan ketawa bahagia. Hadiah yang langsung tidak dijangkakan itu betul-betul membuat dia bahagia.
https://www.tiktok.com/@ismedayang/video/7039338502345002266?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@ismedayangUnboxing hadiah kahwin paling scary. 👻👻 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Sempat menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan suka melihat reaksi lelaki ini. Walaupun hadiah tersebut agak pelik, namun dia sangat menghargainya. Tidak kurang juga ada yang menyatakan harga lesung batu memang mahal sekarang, jadi elok sangat kalau dapat sebagai hadiah kahwin.
Namun dalam masa yang sama ada juga yang sempat bercerita pengalaman masing-masing berkenaan dengan lesung menumbuk segala jenis bahan ini. Ada yang bercerita mereka menerima dari kawan dan ada juga yang memberikan kepada kawan sewaktu kahwin.
Diucapkan selamat pengantin baharu buat abang ini. Didoakan juga semoga abang ini bahagia hingga ke syurga bersama suami tercinta.
Kredit: TikTok Dayang Hidayah