Sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang kebanyakan kedai makan banyak menyediakan makanan yang berkeju. Lebih-lebih lagi kedai makan western. Dalam masa yang sama ada pekerja yang menunjukkan aksi mencairkan keju dengan pelbagai gaya. Mungkin ia merupakan satu tarikan kepada pelanggan.
Namun kadangkala aksi-aksi sedemikian rupa boleh mendatangkan bahaya kepada pelanggan atau orang ramai yang datang ke restoran berkenaan. Seperti mana yang sempat dikongsikan oleh Chicken Royale mengenai kejadian kuali patah sewaktu salah seorang pekerjanya mencairkan keju kepada pelanggan.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan lelaki atau pekerja yang memakai baju kuning itu turut terkejut selepas kuali yang berisi keju itu tiba-tiba patah dan jatuh ke lantai. Lelaki berkenaan hanya memegang batang atau ulu kuali berkenaan sahaja.
Pelanggan yang merupakan sebuah keluarga itu pada mulanya teruja melihat lelaki berkenaan beraksi dengan api yang besar dan cekap membolak-balikan keju tiba-tiba terkejut selepas ianya jatuh. Malah lelaki berkenaan juga terpaksa berhenti untuk mengemas kembali keju berkenaan.
@chicken_royale Tengah live pulak tu 🤣🤣 #MakanLokal #fypシ #fyp #foryourpage #MYFoodie #FoodLover #chickenroyale #klfoodie #viral #cheese
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
@chicken_royaleTengah live pulak tu 🤣🤣 ##MakanLokal ##fypシ ##fyp ##foryourpage ##MYFoodie ##FoodLover ##chickenroyale ##klfoodie ##viral ##cheese ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat warga TikTok berkenaan dengan kejadian tersebut. Ada yang juga yang sempat meninggalkan komen testimoni mengatakan terbukti kuali jenama x. Tidak kurang juga ada yang risau jika pan tersebut terkena pada orang lain.
Dalam masa yang sama ada juga sempat menitipkan pesanan agar bos kepada restoran berkenaan membeli pan yang lebih mahal kerana bimbang kejadian seperti ini berulang lagi. Di samping itu ada juga yang beranggapan abang berkenaan akan berasa malu dengan kejadian tersebut.
Walaubagaimanapun, semoga kejadian ini tidak berulang atau berlaku lagi kepada sesiapa sahaja. Semoga pihak restoran mengambil pengajaran dari kejadian ini. Pastikan setiap perkakasan selamat untuk digunakan terlebih dahulu sebelum aksi atau masak dimulakan.
Kredit: TikTok Chicken Royale