Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bukan Penggemar Kopi Tapi Nak Minum Starbucks? Ini ‘Air Nelly’ Yang Korang Boleh Cuba!

Bukan Penggemar Kopi Tapi Nak Minum Starbucks? Ini ‘Air Nelly’ Yang Korang Boleh Cuba!

Kategori: ,
air nelly Starbucks

Starbucks merupakan antara minuman yang paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jikalau dahulu hanya orang-orang berduit atau kaya sahaja yang singgah ke restoran ini namun kini lain pula. Lihatlah betapa Starbucks ini pandai menarik minat orang ramai untuk mencubanya.

Tiada had umur, kanak-kanak atau remaja sekolah turut kelihatan lepak di kedai ini. Berkenaan dengan Starbucks ini, beberapa minggu yang lepas viral berkenaan dengan seorang instafamous yang tidak menggemari kopi namun tetap juga membeli minuman kopi yang viral pada ketika itu di Starbucks.

Wanita berkenaan telah menunjukkan reaksi yang membuatkan ramai rakyat Malaysia mengecamnya dan berasa marah dengan kelakuannya. Ekoran itu, seorang tiktokers telah tampil mendedahkan resepi minuman Starbucks untuk bukan penggemar kopi.

Minuman Air Nelly Berharga Lebih Kurang RM26

Menurut Nelysa Norazlan menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, dia menyarankan orang ramai memesan minuman berasaskan krim jika tidak meminati atau minum kopi. Harga bagi minuman Starbucks kegemarannya itu lebih kurang RM26.

Jika ke Starbucks sebut sahaja Venti Vanilla Cream, Caramel Drizzle Upside Down, Caramel Syrup, Cold Foam, Extra Chocolate Chip. Melihat air dalam video tersebut tampak begitu menyelerakan.

@nelysa_norazlan

Kalau tak suka coffee jangan minum coffee. Simple. Nah I share my favorite recipe.

♬ original sound – Nelysa Norazlan – Nelysa Norazlan

@nelysa_norazlanKalau tak suka coffee jangan minum coffee. Simple. Nah I share my favorite recipe.♬ original sound – Nelysa Norazlan

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang teruja untuk mencuba dan tak kurang juga ada yang terliur. Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan tidak pernah minum minuman berjenama Starbucks ini sehinggakan nak order pun tak pandai.

Aku order pun tak reti..

Tidak kurang juga ada yang sempat mengucapkan terima kasih serta mengaitkan Air Sally dan juga Air Nelly. Di samping itu ada juga siap screenshoot resepi yang dikongsikan oleh Nelysa ini agar senang urusan di kaunter Starbucks nanti.

Macam sedap je..

Jadi buat korang yang tak tahu nak minum apa jika ke Starbucks selepas ini. Bolehlah mencuba minuman Air Nelly yang kelihatan sangat sedap ini. Namun jika anda peminat kopi, mungkin Air Sally adalah pilihan yang tepat buat korang.

Namun jika anda bukan antara orang yang biasa ke Starbucks dan tidak tahu bagaimana cara nak membuat pesanan, bagitahu sahaja Air Nelly atau pun Air Sally. Pasti barista tahu punya. Selamat mencuba!

Kredit: TikTok Nelysa Norazlan

Baca juga: Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Bancuh Air Nescafe Yang Betul-Betul Kaw! Sedap Dia Lain Macam, Bikin Ketagih

tags: | |