Gulai kambing atau kari kambing merupakan antara masakan yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Selain dibeli dari kedai, ramai juga yang lebih selesa membuatnya sendiri. Lebih sedap dan kena dengan citarasa sendiri. Bahkan kebersihannya juga lebih terjamin berbanding membeli dari kedai.
Berkenaan dengan gulai kambing ini. Ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Nurul Husna sempat berkongsi pengalamannya ketika memasak gulai ini. Apa yang menyediakan Husna adalah apabila dia tersalah memasukkan perasa Sarsi yang mana dia sangkakan kicap ke dalam masakannya.
Disebabkan bekas kicap dan sarsi berkenaan hampir sama dan terletak dekat antara keduanya Husna secara tidak sengaja memasukkannya ke dalam kuali. Akibat dari itu, wanita ini terpaksa ubah suai balik gulai berkenaan sampai hilang bau sarsi tersebut. Dalam masa yang sama, Husna meminta orang ramai agar berhati-hati supaya kejadian yang sama tidak menimpa.
Hmm.. bahaya betul botol ni sebelah-sebelah.
Tak pasal-pasal jadi kambing sarsi.
Setting baik punya sampai hilang bau sarsi.
So hati-hati la korang.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Ada yang menyatakan itu resepi baru dan ada juga yang bercerita mengenai pengalaman yang hampir sama turut terjadi. Tidak kurang juga ada yang menyarankan agar menyusun bahan dapur mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama ada juga yang turut terhibur melihat kejadian yang dialami oleh Husna ini. Malah ada yang bergurau menyarankan agar meletakan sunquick dalam gulai berkenaan supaya menjadi lebih sedap.
Kalau masak banyak-banyak kemudian tersalah letak macam ni mesti kecewa kan. Dah la banyak, lebih-lebih lagi kalau memang dah tak boleh nak ubah suai atau makan langsung. Jadi pesanan untuk anda semua, semoga lebih-lebih berhati setiap kali memasak ya.
Kredit: Nurul Husna Mohd Ishak Via MAHN