Bekerja sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah, tidak kira sama ada GrabFood, foodpanda atau pun lain-lain penghantar makanan. Pasti banyak ujian dan cubaan yang terpaksa dilalui oleh mereka ini. Bukan sahaja terpaksa menghadapi bermacam-macam karenah pelanggan malah mereka ini terpaksa bertarung nyawa di atas jalan raya.
Mungkin stress dan setiap hari berhadapan dengan cabaran adalah satu perkara yang biasa. Seperti mana yang berlaku kepada Amirul Asyraaf ini. Dia merupakan rider GrabFood dan terpaksa menghantar minuman Starbucks kepada pelanggan.
Namun apa yang merisaukan dirinya adalah apabila dapat order minuman mahal tersebut memandangkan packaging bagi minuman tersebut tidak selamat. Tambahan pula jalan di Malaysia ini berlubang dan tidak rata, ia merupakan satu cabaran buat Asyraaf dan juga rider lain.
Menerusi video yang dikongsikan Asyraaf di aplikasi TikTok itu kelihatan enam gelas air Starbucks berada dalam paper bag. Namun minuman tersebut ditutup seperti biasa sahaja dan langsung tiada special case. Melihat minuman tersebut sedemikian rupa, pasti ramai yang dapat memahami abang rider ini.
https://www.tiktok.com/@amrulasyraaf7/video/7040665341806005530?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@amrulasyraaf7Hanya Rider Je Faham Bila Dapat Order Macamni.. 🤣🤣 ##fyp ##fypシ ##fypシ゚viral ##grabrider♬ original sound – Amirul Asyraaf
Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Malah ada juga wakil dari pekerja Starbucks meninggalkan komen mengatakan memang begitu SOP pembungkusannya. Jadi dia meminta abang GrabFood berkenaan turut memahami pihak barista Starbucks juga.
Dalam masa yang sama, ada juga penghantar makanan yang turut mengiyakan apa yang diberitahu oleh abang GrabFood ini. Malah dia pernah membawa order pelanggan namun apabila sampai di rumah pelanggan, air Starbucks berkenaan sudah tinggal separuh.
Tidak kurang juga ramai dari warganet yang meminta pihak Starbucks mengambil tindakan dan membuat sesuatu yang sewajarnya.
Semoga selepas ini pihak Starbucks menambah baik packaging minuman tersebut. Kadang kala kesian juga dekat para pelanggan ni, sampai je rumah tinggal separuh dah air. Nak salahkan para riders pun tak boleh juga. Nanti kalau bawa motor perlahan, lambat pula sampai kan. Serba salah jadinya.
Kredit: TikTok Amirul Asyraaf