Alahan mengandung atau morning sickness kebiasaanya dialami para ibu yang mengandung pada awal kehamilan. Kebiasaanya mereka akan muntah dan mudah sensitif terhadap bau. Alahan mengandung ini berlaku adalah disebabkan beberapa perkara seperti rasa tidak selesa pada bahagian perut di awal fasa mengandung.
Walaupun secara logiknya para isteri sahaja yang mengalami alahan ini namun sebenarnya ramai sahaja para suami yang melalui detik menggerunkan ini. Menurut beberapa sumber, suami mengalami alahan adalah disebabkan tindak balas fizikal terhadap kesusahan orang lain.
Berkenaan dengan suami alahan ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang lelaki yang mengalami alahan. Di dalam video berkenaan, dapat dilihat lelaki berkenaan asyik menghirup kuah di dalam kuali besar. Mungkin kerana berasa loya dan apabila menghirup kuah yang masam akan berasa lega.
Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, Naniepakcop yang mana mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah sepupu ipar kepadanya. Setiap kali isteri lelaki berkenaan mengandung, pasti dia yang akan mengalami alahan.
https://www.tiktok.com/@nanieyusoppppp/video/7040618198185577730?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@nanieyusopppppmami sayg fmly mami❤️❤️🥰##fyppppppp♬ Makan Apa – Joshua & Tina Toon & 4Mc Cilik
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang mengatakan untung sekiranya lelaki yang merasai alahan. Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan melihat si suami ini terpaksa menanggung alahan mengandung sedemikian rupa.
Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang sempat bercerita mengenai suaminya yang mana turut mengalami alahan 3 bulan namun suaminya sudah tidak sanggup. Namun ada juga yang mahu melihat suami mereka mengalami alahan ini.
Di samping itu, ada juga yang terhibur melihat si suami ini yang kelihatan sangat berselera menghirup kuah berkenaan sampai hirup dalam kawah.
Walaubagaimanapun sama-sama kita mendoakan agar lelaki ini dapat bertahan dan sentiasa kuat dalam menghadapi episod alahan yang memeritkan ini. Semoga juga isterinya nanti dapat melahirkan bayi dalam keadaaan selamat dan sihat.
Kredit: TikTok Naniepakcop
Baca juga: “2 Hari Ngidam Asam,” Isteri Yang Pregnant, Tapi Suami Pula Yang Mabuk & Alahan