Siang ikan ini bukanlah sesuatu yang susah namun masih ramai yang tidak pandai siang ikan ini. Nak menyiang ikan ini ada pelbagai cara sama ada belah perut atau pun tidak. Kebanyakan hari ini rata-rata dari kita menyiang ikan dengan membelah perut.
Namun kali ini ada seorang wanita, Syifa Jamil telah berkongsi cara menyiang ikan dengan menggunakan chopstick. Sangat mudah dan cepat. Tapi kalau guna chopstick tanpa membelah perut, macam mana nak cuci dekat dalam perut tu kan? Tidak mengapa, anda boleh menggunakan berus gigi. Memang putih bersih tau.
Dalam masa yang sama, Syifa Jamil turut berkongsi cara kenal ikan segar. Kalau ke pasar, tengok dahulu mata ikan yang hendak dibeli. Kalau tak meraah dan tak kotor maknanya ikan tersebut masih lagi segar. Manakalaa perutnya pula masih lagi solid. Tak lembik dan isi perut tak terkeluar.
Berkenaan dengan siang ikan menggunakan chopstick, caranya adalah cucuk tengah perut bagi rapat ke dinding perut kanan dan kiri ikan tersebut. Sehingga keluar bunyi krak krak. Untuk lebih jelas, jom kita lihat video yang dikongsikan oleh wanita ini di aplikasi TikTok.
https://www.tiktok.com/@syifajamill/video/7041378594517503258?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@syifajamillReply to @aaishahayuni ##TahukahAnda Cara nak kenal ikan segar? Okay now you know! ##CifaCooks ##SiangIkan ##MYFoodie♬ original sound – Cifa Masak Kalut Kalut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang melihat video berkenaan terpegun dan mengucapkan terima kasih kepada Syifa Jamil atas perkongsian tersebut. Tidak kurang juga ada yang triggered kerana menggunakan berus gigi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menggunakan chopstick untuk menyiang ikan adalah lebih mudah kan? Jadi mungkin selepas ini anda semua boleh cuba cara ini. Yang tak pandai dan tak pernah menyiang ikan pun boleh cuba buat tau.
Kredit: TikTok Syifa Jamil
Baca juga: Gadis Ini Kongsi Cara Cepat & Mudah Siang Ikan Kecil, Ikut Cara Ini Sekejap Je Dah Siap!