Dalam keluarga kita pasti ada yang mempunyai perangai yang agak kepelikan. Kalau tidak ramai pasti ada salah seorang dari kalangan adik beradik kita mempunyai perangai lain dari yang lain. Sangat nakal dan kadangkala suka menimbulkan kemarahan adik beradik yang lain.
Walaupun begitu, pasti adik beradik yang berperangai sebegini paling dirindui apabila mereka tiada di rumah. Berkenaan dengan perangai adik beradik yang pelik ini, viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan kakak kepada Farez Adnan yang makan secara terus dari dalam periuk.
Menerusi video tersebut kelihatan kakaknya membawa periuk yang beralaskan pinggan. Kemudiannya kakak Farez ini meletakan periuk tersebut di atas meja. Melihat situasi tersebut, Farez sempat mengadu kepada emaknya. Tidak lama kemudian kedengaran emaknya memarahi anaknya.
Namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila melihat gelagat keluarga ini yang ketawa terbahak-bahak selepas dimarahi oleh ibunya. Dalam masa yang sama, si kakak sempat menjawab kepada emaknya yang cara tersebut memudahkan hidup kita. Namun ibunya membalas kembali mengatakan yang si kakak ini pemalas.
@farezadnanofficial Reply to @n.zuulaikha_ HELLO kakak aku je pelik eh makan cmni.
@farezadnanofficialReply to @n.zuulaikha_ HELLO kakak aku je pelik eh makan cmni.♬ original sound – Farez Adnan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat keluarga ini. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mengatakan selalu juga makan dalam periuk gara-gara ingin seperti orang korea.
Tidak kurang juga ada yang sempat meninggalkan pesanan mengatakan orang-orang dahulu melarang makan dalam periuk kerana takut lambat kahwin.
Korang pernah ke makan dalam periuk macam ni? Nak makan boleh tapi jangan selalu ya. Jangan pula makan depan bakal mak mertua tak pasal-pasal pula kena tolak nanti. Lagi pula orang dahulu tidak membenarkan kita makan dalam periuk disebabkan kelihatan tidak sopan. Jadi sebaiknya elakkanlah.
Kredit: TikTok Farez Adnan
Baca juga: “Mak Asyik Main TikTok..” Gara-Gara Tinggalkan Anak Bersama Periuk Nasi, Ini Pula Jadinya..