Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Berjuicy. Memang Power, Padu & Sedap!

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Berjuicy. Memang Power, Padu & Sedap!

Kategori: ,
rese[i daging goreng kunyit yang berjuicy

Selain digulai, daging lembu ini juga sangat enak jika dibuat Daging Goreng Kunyit. Masakan sebegini kebiasaannya sangat terkenal di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Malah ianya sering kali dijual sebagai menu makanan pagi. Lebih sedap dan padu lagi apabila daging goreng kunyit berkenaan berjuicy.

Nak cuba buat tak Daging Goreng Kunyit macam ni? Kalau nak cuba, anda boleh lihat perkongsian resepi dari Fariza Hadi ini. Kalau dah cuba masak macam ni lepas ni confirm jadi menu kegemaran keluarga tau.

Cara Buat Daging Goreng Kunyit Yang Enak Dan Berjuicy

Bahan-bahan:

  • Daging | guna yang fresh
  • Sedikit tulang lembu | 1kg daging dan 1/4 kg tulang (ini petua supaya masakan daging kunyit ini lagi best)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Perasa | tambahan
  • Sedikit gula | jangan banyak sangat nanti manis, tak nak letak pun tak apa

Cara Penyediaan:

  1. Gaul daging dan tulang bersama kunyit, garam, perasa dan gula.
  2. Kemudian panaskan minyak masak.
  3. Masukkan daging dan tulang tadi. Goreng sekejap.
  4. Setelah itu masukkan air.
  5. Masak sehingga empuk kalau kurang empuk masukkan lagi air.
  6. Apabila dah empuk dan air dah kering. Tinggal minyak, letak hirisan bawang holland, lada dan daun bawang. Tak nak kering garing ya. Nak basah sikit.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Nak sedap bungkus dalam kertas. Letak nasi, daging, sambal, ulam timun dan biarkan bekok sikit. Barulah makan, baru rasa makan dekat kedai.

Mudah sahaja kan nak buat Daging Goreng Kunyit ini? Ikut je apa yang dikongsikan dekat atas ni. Jangan sesekali derhaka resepi barulah sedap dan menjadi. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita masak sekarang. Ayuh!

Selamat mencuba!

Kredit: Fariza Hadi Via MAHN

Baca juga: Resepi Daging Paling Simple Dan Sedap, Ini Dia Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!

tags: |