GrabFood atau pun penghantar makanan memang penyelamat ramai orang saat kelaparan. Apa tidaknya waktu lapar tapi malas nak keluar beli makanan pasti kita akan menggunakan khidmat penghantaran makanan ini. Penghantar makanan seperti GrabFood atau pun foodpanda bukan sahaja menjadi penyelamat ketika kelaparan. Namun juga menjadi penyelamat sewaktu kemalangan dan lain-lain masalah.
Berkenaan dengan GrabFood ini terbaharu viral berkenaan dengan abang GrabFood yang menerima pesanan air minuman. Bukan sebotol dua namun berkaten-katen. Kerana terlalu banyak, rider berkenaan buntu bagaimana untuk menghantar pesanan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok oleh FmlyCaptainDCMY, dapat dilihat kira-kira 3 katen air minuman berjenama Sea Master yang perlu dihantar.
https://www.tiktok.com/@familycaptaindc/video/7042227566324780314?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@familycaptaindcAh penat😣 ##grabfood ##grabcar ##grabmalaysia
Melihat situasi itu, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang terkejut apabila melihat keadaan tersebut. Dalam masa yang sama ada juga warganet yang berasa kasihan kepada abang ini.
Tidak kurang juga ada warganet yang bergurau menyuruh abang ini buang air supaya bila angkat nanti tidak terasa berat. Ekoran itu ada juga yang membalas komen tersebut dengan menyatakan apabila sampai dirumah pelanggan nanti isikan balik dengan air paip.
Di samping itu, ada juga yang meminta abang GrabFood ini agar tolak atau batalkan sahaja pesanan tersebut. Dan ada juga yang sempat berkongsi pernah melalui pengalaman yang sama.
Walaubagaimanapun abang ini terpaksa menolak pesanan tersebut memandangkan ianya memang sukar untuk dibawa. Walaupun ini bukanlah kesalahan dari pelanggan kerana pelanggan sendiri pun tidak mengetahui siapa yang akan menghantarnya.
Namun kalau boleh elakkan membeli minuman atau barangan yang banyak menerusi aplikasi penghantar makanan seperti ini. Kalau boleh yang naik motosikal, kesian pula dekat diaorang terpaksa batalkan pesanan. Kalau tengah terdesak sekalipun, beli lah sedikit dahulu.
Kredit: TikTok FmlyCaptainDCMY