Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Lemak KFC, Cubalah Resepi Original Ini. Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anda!

Resepi Nasi Lemak KFC, Cubalah Resepi Original Ini. Pasti Akan Menjadi Kegemaran Anda!

Kategori: ,
resepi nasi lemak KFC

Sesiapa yang rindu nak makan Nasi Lemak KFC mungkin boleh cuba buat sendiri dekat rumah. Nasi lemak dari KFC ini memang lain macam sedap dia kan? Waktu dia mula keluarkan dulu memang sangat-sangat mendapat sambutan ramai. Sekali rasa, nak lagi dan lagi tau. Punyalah sedap.

Nak cuba buat Nasi Lemak KFC ini? Kalau nak cuba buat jom kita ikuti perkongsian resepi dari Noor Ashikin Saerah di bawah ini. Sekali rasa pasti jatuh cinta tau.

Cara Buat Nasi Lemak KFC Yang Mudah & Sedap!

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan (6-7 hidangan):

  • 600 g (3 cawan) beras
  • 650 ml (2⅔ cawan) air
  • 350 ml (1⅓ cawan) santan pekat
  • 25 g (2½ inci) halia (hiris)
  • 20 g (1 biji) bawang kecil (hiris)
  • 30-35 g (7-8 helai) daun pandan (simpul)
  • 5.2 g (1 sdt) garam

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.

Resepi Sambal Tumis Kosong

Bahan-bahan:

  • 9 biji bawang kecil/ 3 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 25-30 tangkai cili kering (buang biji)*
  • 3 sdb ikan bilis*
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula pasir secukupnya
  • 1-2 biji bawang besar (hiris)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak masak secukupnya. Masukkan bahan kisar dan daun pandan.
  3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Ulang 2-3 kali supaya sambal kelihatan lebih cantik dan tahan lama.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa & perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan pula hirisan bawang besar. Biarkan seketika sehingga bawang layu.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak KFC ni? Siap ada resepi sambal lagi tu. Pasti puas hati punya kalau buat. Nak makan pada bila-bila masa pun boleh tau. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita masak sekarang!

Kredit: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Teringin Nak Makan ‘Nasi Lemak Strawberi’? Ini Dia Resepinya, Sebijik Macam Dekat Cameron Highland!

tags: | |