Akhir tahun 2021 pastinya menjadi mimpi ngeri bagi penduduk di sekitar kawasan Shah Alam. Siapa sangka, hanya dengan sekelip mata kawasan ini yang tidak pernah banjir ditenggelami air sehingga ke paras bumbung rumah. Ekoran itu ramai yang merayu dan memohon pertolongan orang ramai. Lebih-lebih di kawasan Sri Muda.
Melihat situasi yang menyedihkan itu, Boss Ned iaitu suami kepada Nora Danish telah turun padang bersama team bagi menghulurkan bantuan. Selain Boss Ned, turut kelihatan juga Harith Iskander dan isterinya yang sama-sama bertungkus lumus menyediakan makanan kepada mangsa banjir dan yang terperangkap.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Boss Ned ke akaun Instagram nya kedengaran yang dia cukup gembira selepas dapat menyelamatkan sebuah keluarga yang sudah terperangkap selama 2 hari tanpa makanan. Keluarga berkenaan juga mempunyai seorang bayi yang masih lagi kecil.
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan oleh hotfm976 pula, kedengaran suara Boss Ned yang mengucap syukur kerana dapat menyelamatkan bayi berkenaan.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dari warganet dan juga rakan artis. Namun rata-ratanya berasa bangga dengan kegigihan dan usaha yang ditunjukkan oleh Boss Ned ini. Dalam masa yang sama ada juga yang menghargai dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Memang ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai hati budi yang mulia. Malah sejak semalam kelihatan juga beberapa buah kereta dari negeri luar yang membawa bot. Mungkin mereka datang ingin menghulurkan bantuan. Semoga Shah Alam, Klang dan kawasan yang dilanda banjir ketika ini cepat pulih.
Kredit: Instagram Boss Nedd & Hot FM