Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gelagat Comel & Sweet Atuk Nenek Ini Saat Potong Kek Buat Warganet Senyum Sendiri

Gelagat Comel & Sweet Atuk Nenek Ini Saat Potong Kek Buat Warganet Senyum Sendiri

Kategori:
atuk nenek potong kek

Orang selalu cakap, kemesraan dan rasa cinta pasangan suami isteri yang dah berumur ini lebih erat dan sweet. Lihat sahaja atuk dan nenek serta ibu bapa kita yang sudah lama berkahwin. Kadang-kadang kita pula yang cemburu melihat kemesraan mereka ini. Kalah orang muda.

Hal tersebut juga jelas kelihatan menerusi video yang dikongsikan oleh Rvrvhvzirv menerusi aplikasi TikTok nya. Wanita ini sempat berkongsi video yang memaparkan adegan kelakar dan comel atuk dan neneknya. Menerusi video tersebut jelas kelihatan pasangan ini bahagia semasa sama-sama memotong kek. 

Beberapa ketika pula, bunyi suara sang anak menyuruh emaknya menyuapkan kek kepada ayahnya. Sebelum memakan kek berkenaan, sang atuk sempat membaca doa namun kerana lambat membuka mulut. Si nenek sempat memarahi atuknya dan kemudian mereka sama-sama ketawa.

Dari situ jelas kelihatan yang mereka bahagia. Hidup berpuluh-puluh tahun bersama, pasti banyak halangan dan liku-liku yang dah mereka lalui untuk menjadi bahagia seperti ini.

https://www.tiktok.com/@rvrvhvzirv___/video/7044169026884406554?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@rvrvhvzirv___Birthday tokwan❤️ ##fypシ♬ original sound – Rvrvhvzirv

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga TikTok. Bukan sahaja ada yang menginginkan bahagia sebegini rupa bersama dengan bakal suami namun ada juga yang mengatakan pasangan ini sangat comel.

Nak bahagia sampai tu macam ni..

Tidak kurang juga ada yang gelak namun dalam masa yang sama terasa ingin menangis. Di samping itu, ramai juga yang mendoakan pasangan atuk dan nenek ini agar sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

At the same time nak nangis..

Semoga Allah lindungi..

Bahagia sungguh kan lihat mereka ini? Kita pula yang senyum sendiri macam orang gila. Pasti ramai kan yang inginkan masa depan yang sebegini. Doakan, semoga kita turut merasai bahagia dan tenang bersama pasangan kita kelak.

Kredit: TikTok Rvrvhvzirv

Baca juga: Wanita Mengidam & Sanggup Habiskan RM10 Ribu Untuk Kek 3 Tingkat, Namun Kecewa Hasilnya Tak Setanding Harga

tags: | | |