Maggi Kari merupakan antara pilihan mi segera yang sangat enak. Enak dimakan begitu sahaja, direbus kosong dan juga dimasak special. Waktu hujan atau pun waktu malam memang sangat sedap tau. Lebih-lebih lagi kalau rasa kari tu kaw dan disertakan dengan telur goyang.
Nak cuba buat Maggi Kari Kaw Telur Goyang? Jom kita ikuti resepi perkongsian dari Hairi Hamdan di bawah ini. Tengok hidangan yang dibuat tampak mengiurkan sungguh!
Cara Buat Maggi Kari Kaw Telur Goyang Yang Sedap & Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- Maggi kari
- Telur
- Bawang besar
- Bawang putiih
- Cili padi
- Daun kari
- Rempah kari Ayam/ Daging
Cara Penyediaan:
- Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari
- Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing.
- Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula
- Tambah air, tak perlu banyak-banyak sangat. Masukkan telur dengan penuh kasih sayang. Jangan kacau-kacau, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telur yang korang suka, boleh angkat telur tu dan ketepikan.
- Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sotong dan cili padi.
- Kacau-kacau dan siap. Hidangkan dengan telur goyang tadi.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Maggi Kari Kaw Telur Goyang ni? Kalau mudah, jom la buat sekarang. Tapi nak pesan awal-awal, kena buat lebih sikit. Sebab tak cukup sepinggan ni. Nak-nak kalau ada di antara anda penggemar nombor satu mi segera ini.
Kredit: Hairi Hamdan & Norliana Manap
Baca juga: Kerabu Maggi Kari Dan Tomyam Ini Sangat Sedap, Mertua Lalu Dekat Belakang Pun Tak Perasan. Ini Cara Membuatnya..