Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Buat Macam Tu Dekat Dia..”, Temui Paku Dalam Makanan, Mimi Peri Minta Maaf Jika Ada Salah Kata.

“Jangan Buat Macam Tu Dekat Dia..”, Temui Paku Dalam Makanan, Mimi Peri Minta Maaf Jika Ada Salah Kata.

Kategori:

Pasti ramai dalam kalangan anda yang mengenali Mimi Peri, yang mana merupakan public figure dari Indonesia. Dia sangat terkenal dengan sifat dan gelagatnya yang melucukan. Walaupun begitu, adat dunia sekarang. Saat seseorang sudah berjaya pasti akan ada yang iri hati dan juga cemburu.

Seperti mana terbaharu, viral sebuah video yang dikongsikan oleh Sultan Pangeran menerusi aplikasi TikTok. Video tersebut adalah daripada live yang dibuat oleh Mimi Peri ini. Di mana dia tiba-tiba terjumpa sebatang paku dalam makanan yang dimakannya.

Sebak sewaktu temui paku berkenaan

Menerusi video tersebut kelihatan dia seakan-akan sebak sewaktu meminta orang ramai agar tidak menghantar paku kepadanya kerana sangat bahaya jika terkena perutnya. Dia juga sempat memohon maaf kepada orang ramai jika ada tersalah kata.

Jelas kelihatan menerusi video tersebut sebatang paku kecil. Pastinya dia berasa teramat kecewa sekiranya paku tersebut dihantar untuk mengenakan dia.

https://www.tiktok.com/@sutan_pangeran7/video/7045143777450724635?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@sutan_pangeran7kasian tau.. dia cuma menghibur.. 😨, semoga gak knpa2 ya..

♬ Ibu – Woro Widowati

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang berasa kasihan dan terkejut kerana sanggup menghantar paku kepadanya. Memandangkan Mimi Peri ini merupakan seorang yang baik hati, ada yang meminta jangan buat perkara tersebut kepadanya.

Malah ada juga yang tidak faham kenapa ada orang yang hendak kenakan Mimi Peri ini. Dia orang yang baik, bekerja keras cari rezeki untuk bahagiakan ibunya.

Tidak kurang juga ada yang berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Mimi Peri dan semoga sentiasa sihat dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah.

Tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi kalau Mimi Peri betul-betul tertelan paku berkenaan. Dia tak kacau kita pun, dia buat kerja dia je. Melawak dan bahagiakan orang ramai demi meneruskan kelangsungan hidup dan demi membahagiakan ibunya. Doakan yang baik-baik je untuk dia ya.

Kredit: TikTok Sultan Pangeran

Baca juga: Lelaki Berperangai Pelik Suka Makan Paku Akhirnya Dibedah & Lebih 600 Paku Dijumpai

tags: |