Cirit birit terjadi apabila berlakunya jangkitan kuman atau bakteria pada makanan yang kita makan. Jangkitan ini boleh terjadi apabila kita tidak membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan. Atau pun makanan yang kita makan itu sudah basi atau pun dijangkiti virus atau bakteria. Apabila terkena cirit birit ini, pastinya badan akan kehilangan banyak air disebabkan kerap dan lebih banyak membuang air besar.
Kebiasaanya cirit birit ini berlaku selama 2 hingga 4 hari jika tidak mendapatkan sebarang rawatan namun seeloknya dapatkan rawatan secepat yang mungkin. Kerana cirit birit ini merupakan pembunuh kedua tertinggi kanak-kanak tau.
Jadi kalau anda tidak mahu ke klinik. Mungkin anda boleh gunakan cara atau tips untuk kurangkan cirit birit yang dikongsikan oleh Fatimah Salim ini. Cara tersebut adalah menggunakan beras.
Beras kaya dengan bahan kimia mineral dan kanji. Air beras boleh membantu dalam mengurangkan kehilangan air (dehydration) semasa cirit birit dan mempunyai kesan pengikat yang boleh mengeraskan najis. Mekanisma ini disebabkan oleh air beras yang bersifat elektrolit berkanji yang mungkin bertindak sebagai penyeimbang pH dalam sistem penghadaman semasa cirit birit.
Cara ini boleh diikhtiar, namun jika gejala berterusan, mohon berjumpa doktor perubatan. Mungkin gelaja itu disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serious.
Tips: untuk mendapatkan kesan yang optimum, selepas beras dipanggang, hancurkan sedikit. Tuangkan air suam, tunggu sekejap (untuk pastikan mineral dan kanji telah bercampur dengan air), tapis dan minum.
Mudah sahaja kan cara untuk kurangkan cirit birit ini. Guna beras sahaja kemudian minum air tersebut. Walaupun begitu, ini hanyalah ikhtiar semata-mata. Jika penyakit masih lagi berlarutan dapatkan rawatan doktor ya.
Kredit: Fatimah Salim
Baca juga: Info Penting! Doktor Saran Ibu Bapa ‘Check’ 6 Tanda Pada Ayam Elak Anak Keracunan Makanan