Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Jenahak Masak Kengsom. Dilengkapi Dengan Rasa Masam, Manis & Pedas. Tak Cukup Sepinggan!

Resepi Ikan Jenahak Masak Kengsom. Dilengkapi Dengan Rasa Masam, Manis & Pedas. Tak Cukup Sepinggan!

Kategori: ,

Ikan Jenahak merupakan ikan air masin yang sangat enak jika dibuat masak kari. Kalau anda tak suka kari mungkin boleh cuba Ikan Jenahak Masak Kengsom ini. Ia merupakan masakan yang berasal dari Thailand dan mempunyai rasa masam, manis dan pedas.

Kebiasaannya masak kengsom ini popular dengan ikan siakap namun jika menggunakan ikan jenahak, rasanya juga tetap sedap dan enak tau. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi perkongsian dari Mohd Rozmie ini.

Cara Buat Ikan Jenahak Masak Kengsom Yang Sedap & Menyelerakan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1 batang serai
  • 1 mangkuk nenas
  • 3 keping asam keping
  • 10 batang bendi
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah (atau 1 biji bawang besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 5 biji cili padi
  • 1 potong nenas

Cara Penyediaan:

  1. Cuci bersih ikan. Kali ini abang guna ikan jenahak. Boleh je guna sebarang jenis ikan. Kalau guna ikan siakap lagi sedap.
  2. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan kisar halus tadi.
  3. Campak masuk serai yang telah diketuk.
  4. Masukkan asam keping. Di sebabkan asam keping warna hitam, nampak putih pula tangan abang.
  5. Masak sehingga mendidih supaya hilang bau bawang.
  6. Tambahkan 1 cawan air atau mengikut sukatan kuah yang kau nak.
  7. Bila sudah mendidih masukkan 1 mangkuk nenas yang di potong kasar.
  8. Masak sehingga nenas lembut.
  9. Setelah nenas lembut, masukkan ikan yang telah dicuci bersih.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masa ni kau kena pandai seimbangkan rasanya mesti ada rasa masam, manis dan pedas.
  11. Bila ikan dah masak, akhir sekali masukkan bendi. Seeloknya guna sayur kangkung mengikut resipi asal.
  12. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Jenahak Masak Kengsom ini? Lain dari yang lain. Wajib cuba tau. Nanti bila dah cuba jangan lupa kongsikan resepi ini kepada kenalan korang. Confirm hari-hari repeat lepas ni.

Selamat mencuba!

Kredit: Mohd Rozmie

Baca juga: Ikan Siakap Kengsom Original Thai Ini Pasti Memikat Selera Anda, Sangat Sedap!

tags: | | |